new

Friday, January 2, 2015

Akhir

Aku tak sangka ayat itu keluar dari dia..
Aku tak sangka sehina itu dia fikir pasal aku..

Aku jadi semakin benci..
Dari dulu kau ungkit pasal duit yang kau berhabis untuk aku..
Sekarang kau tuduh aku mempermainkan??

Baguslah..
Terus fikir buruk pasal aku dan kau akan semakin membenci
Seperti mana aku membenci kau..
Benci segala perbuatan kau..

Elok aku berbaik, berkawan..
Sekarang aku nak memutuskan segala..
Buang nombor kau,
buang segala gambar kau..
Buang segala pemberian kau..
Tak ada satu aku simpan lagi..

Jujurnya, hati aku hancur...
Bila perkataan itu keluar dari kau..

Memang tak silap aku tinggalkan kau..
Sebab akhirnya aku nampak sikap kau sebenar..
Just a shitty person...

Saturday, November 22, 2014

Remember..

Aku alami masa-masa patah hati sangat banyak..
Berulang kali dari aku start involve in love with man..
And the latest with the mr. mickey mouse..
It is hard for me even I am the one who want us to be separated..
Sebab deep in my heart I'm still love him..

Tapi tu dulu.. I'm recover from that..

Knowing this new guy after several months breakup dengan mr mickey mouse
tu buat aku mampu cepat untuk recover dari sebelum ni punya heartbreak..

This guy mula-mula nampak macam main-main..
Never been serious at all when I first met him..
Always happy, cheeky all the time which make me happy too..
Leaving my sadness away..

Be friends with him really make me feel happy..
This guy really tak kisah aku macam mana..
Whatever weird attitude I have which other people
will annoy, dia tak pernah kisah..

Aku selalu marah dia, cari salah dia but dia sentiasa sabar dan
tahu how to handle the situation..
Aku je tak tahu menghargai dan menyayangi seikhlasnya..

Aku terlalu paranoid dengan semua benda..
Sampai aku pernah terfikir untuk ada kelebihan
boleh baca fikiran orang..
Aku selalu fikir the worst that will happen..
Even I'm trying to be always positive
but sometimes negative tu datang jugak and when that happen
mula la macam-macam berlaku..

Jujurnya, dia antara orang yang aku paling
sayang selain dari family aku..
As he can accept me walaupun aku complicated and worst
as to compare to others..

Menyesal for what I have done to him...
Sebab dia tak pernah fikir negative pasal aku..
Tak pernah kisah pasal masa silam aku..
Tak pernah kisah background aku..
If and only if I can turn the time back..
I want to  treat him nicely..

But past is past..
Nothing that I can change..

Saturday, November 8, 2014

Luahan 8/11/2014

Alhamdulillah..

Allah masih bagi aku peluang untuk menyelesaikan masalah aku satu persatu..
Allah buka ketenangan disebalik kesunyian yang aku lalui..
Allah bagi aku nampak yang setiap yang terjadi ada hikmahnya..
Dan Allah bagi aku untuk jadi lebih tabah dan sentiasa ingat akan Nya..

Jujur aku katakan...

Aku lebih tenang kini.. Dengan keadaan begini..
Aku dapat cara untuk tak bergantung pada sesiapa..
Aku suka begini.. Hidup berdikari..
Sikit lagi masa yang aku perlu untuk lebih bersabar untuk ada kehidupan sendiri..
Aku sedih dengan hidup begini..
Tapi aku perlu kuat selalu..
Syukur aku ada anak-anak buah penghibur hati..

Mama tak tahu keadaan sebenar aku..
Aku tak pernah cerita..
Tak nak dia risau..
Dah la mama tengah serabut dengan masalah dia..
So taknak tambah lagi masalah..
Aku dah cakap dengan mama, apa-apa aku selesaikan sendiri..

Aku rasa makin lama aku kat sini aku boleh jadi
perempuan yang tak ada perasaan.. Sebab apa yang jadi dekat
rumah ni aku buat tak tahu je.. Feelingless..

Kadang-kadang aku fikir, manusia ni memang depan
mak bapak je semuanya baik..
Bila sendiri, jauh dari diorang semua lain..
Kesian mak and abah hanya tahu lakonan orang je..
Kesian diorang dilupakan..
Aku harap aku bukan tergolong dalam golongan orang yang begitu..

Jadi pelakon pun dah hebat dah aku ni..
Biarlah apa yang jadi..
Untung orang yang ada family yang baik..
Aku tetap bersyukur walaupun begini keadaan family aku..

Aku tahu jugak mak and abah dah taknak jaga aku dah..
Yela, dah berapa lama menghabiskan duit diorang..
Mama pun pernah cakap, cepat-cepat kawen  senang mak,
lepas tanggungjawab mak and abah..
Sometimes aku rasa sedih dengan statement mak,
tapi aku faham niat dia..
But I told my mom, even akak tak kawen pun,
akak boleh hidup sendiri,,
In Sya Allah..

Ikut hati, nak sewa rumah.. Nak dok sorang-sorang..
Tapi tak mampu..
Gaji pun ciput..
Hope things gonna be more better..


Saturday, November 1, 2014

Luahan 2/11/2014

Tak siapa tahu apa yang aku rasa dan alami..
Rasa sunyi  walaupun ada orang disekeliling aku..
Tiada siapa hendak bercerita and even bercakap..
Semua sendiri..
Disini la tempat aku mengadu segalanya..
Aku tahu yang tiada siapa lagi membaca blog ini..

Susahnya kehidupan selepas ini..
Masa depan yang masih kelam..
Ikut hati nak duduk di rumah sendiri dengan mama..
Tapi apakan daya bekerja di KL pula..
Walau bersama keluarga abang kandung sendiri,
tapi terasa bagai menumpang keluarga orang yang tidak dikenali..

Tak kuat sebenarnya begini,
tapi aku gagahkan juga untuk beberapa bulan saja..
Aku kuat sekarang hanya sebab aku fikirkan aku masih ada
adik yang akan  turut sama dalam keadaan aku nanti.
Biar aku permudahkan urusan dia sebab aku tahu tiada siapa
dalam family sendiri betul-betul ikhlas nak tolong family sendiri..

Teman istimewa?
Dia pun tidak dapat membantu..
Dia lebih utamakan diri sendiri.
Tak mengapa, tiada jaminan lagi antara aku dan dia akan bersama
di masa depan kelak..
Ya, aku masih sunyi walaupun ada teman istimewa kononnya..

Aku belajar berdikari, aku belajar segalanya sendiri..
Sorang-sorang.. Sebab aku tahu hidup aku tak bertuah
macam kehidupan orang lain..

Dulu aku letakkan segalanya pada kawan-kawan..
Bercerita masalah suka dan duka dengan kawan-kawan rapat..
Tapi akhirnya aku sedar, takkan ada kawan yang benar-benar
akan tolong kita.. Pengalaman dengan kawan-kawan banyak
buat aku sedar dan sampai sekarang aku masih tiada
kawan yang benar-benar teman suka duka aku..

Lepas kawan-kawan tak dapat membantu,
aku letakkan segalanya pada teman istimewa,
tapi akhirnya jadi hal yang sama..
Berapa istimewa pun kita pada dia, tetap dia tak dapat nak
bantu kita sebab semua akan lebihkan diri sendiri..
Tak salahkan sesiapa sebab memang sesiapa pun akan
mengutamakan diri sendiri..
Semua ni buat aku sedar yang aku kena kuat sendiri..
Kena tahan segala kesedihan dan kepayahan..
Selama ni aku hidup senang lenang, now ada dugaan yang melanda..
Aku kena kuat.. In Sya Allah..

Biar orang kata aku kera sumbang sekalipun, buat apa kalau
ada beribu kawan tapi seorang pun takkan tolong kau bila kau susah..
Nak bercerita pun orang tak amik pusing dan beri macam-macam alasan..
kawan hanya untuk suka..
Tapi aku tetap tolong kawan-kawan yang perlukan aku..
Sebab aku taknak jadi seperti mereka..

Aim aku tahun depan untuk cari rumah sewa..
Duduk sendiri..
Lebih baik..
Susah senang sendiri..
Ada pakwe atau tak, tu aku tak peduli..




Wednesday, July 9, 2014

Love percentage.

Mula-mula masa baru menjalinkan hubungan
dengan seseorang, aku mesti cuba untuk
letakkan hati aku menyayangi dia for only 40%
or paling banyak pun 50%.
Itu yang aku cuba dalam setiap perhubungan aku,
sampai la ke perhubungan kali ini..

But...

Bila perhubungan tu makin lama,
makin mengenali,
40% tu terus jadi terlebih banyak..

Haih...

Hati ni memang payah nak control..
Aku sedar aku senang sayang orang.
Cepat tersentuh even dia buat a simple things.
Even dia marah sebab aku tak mau makan
bila aku sakit pun, aku jadi macam happy..
Sebab dia caring..
How come aku tak cepat sayang??

Tambah-tambah dia,
Attitude dia pada aku selalu buat aku cair..
Each time that happen, I tend to love him more..
So the percentage become more bigger..

But still I never let my heart to love him 100%..
Still nak simpan sikit tu untuk preparation..
If anything happen to our relationship..
Harapnya tak ada pape..

Amin..

I just want this relationship to be the last for us..
Dia ada history dia and so am I..
I am too tired with love story..
Cukup la apa yang ada sekarang,
aku tak mampu nak mulakan yang baru kalau yang
ada sekarang juga tak menjadi..

Saturday, July 5, 2014

Sometimes

Bila kita bercerita untuk meluahkan,
tapi orang buat lawak dengan apa yang kita ceritakan,
jadi terbantut nak cerita..
And for me, aku tak kan cerita dah kat orang tu..

Sometimes,
kita kena jadi serius,
sometimes,
kita boleh bergurau..
Not all the times bergurau..

Kalau 24hours bergurau,
mane kita nak tau orang tu serius dengan kita
or dia main-main je dengan kita..
Please be sensitive to others..

Saturday, June 28, 2014

Putar-putar

Malam itu,
aku berputar-putar,
meninggalkan kisah semalam,
melupakan cerita duka,
melenyapkan segalanya,
pada pusingan-pusingan yang bagi aku,
sangat nyaman dan berangin,
aku terlupa sesuatu.

Masih ada lagi jiwa,
yang sedia menghulur bahu,
menyapu tangisku,
iaitu kamu.

By : Salleh Razak