new

Wednesday, August 17, 2011

Terima kasih cik Farah..^_^

Hari ini sangat-sangat gembira kerana saya
berjaya mendapat doodle dari cik Farah kita ni..
Die dengan baik hatinya nak bagi doodles free
so apa lagi, tak lepaskan peluang la nak satu..hehe
Ingatkan haritu tak dapat dah, rupa-rupanya
dapat jugak.. Thanks again cik Farah..huhu

Saya sangat suka doodle itu..
Ade en ehem2 disitu...^_^
Kita nak buat sendiri memang la sangat
tak reti, so thanks again Farah..
terima kasih banyak-banyak..
kalau bermurah hati leh buat lagi..haha..
Gurau je, dapat satu pun dah gembira..
^_^

Eh, lupa pulak nak tunjuk doodlenya..Hehe..


Saturday, August 13, 2011

Persoalan???

My best frenz masa kat sekolah dulu pernah cakap
dekat aku yang aku ni seorang yang sangat kuat
kalau berhadapan dengan masalah...
Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya,
adakah kenyataan dia benar???
Apa yang menyebabkan dia berkata begitu..

Pada aku, aku bukanlah seorang yang kuat..
Aku hanya berpura-pura jadi orang yang kuat
pada mata orang lain...
Hakikat sebenar hanya aku dan Tuhan yang tahu...

Orang yang rapat dengan aku tahu yang aku
jarang cerita masalah aku dan jarang bagitahu
kalau aku sakit..mungkin itu antara sebab
kenapa aku disangka kuat...

Now aku reveal siapa aku sebenarnya..
I"m not that strong..
Setiap masalah yang datang aku menangis..
Setiap kesalahan yang aku buat aku menangis..
walaupun kesalahan tu dah lama aku tetap
menangis memikirkan kebodohan diri sendiri..
Tapi aku tak menangis depan orang..
Aku menangis bila aku nak tidur..
Sebab tak nak orang nampak..

Kenapa aku tak nak share dengan orang masalah aku??


Sebab aku takut kalau aku share masalah aku
dengan orang lain, aku tak dapat respond dari
mereka dan takut mereka gelakkan aku..
Semua ni sebab aku pernah tak dapat respond
dari orang yang rapat dengan aku bila aku cerita
masalah aku pada dia..malah dia buat lawak
dengan masalah aku tu..
So sekarang aku jarang bercerita dengan orang
apa yang terjadi dekat aku...

Benda-benda tak penting aku bagitahu la..
Tapi bila perkara yang aku rasa berat,
aku simpan sendiri..
walaupun pedih dan berat benda tu..

Kalau kawan aku tu baca blog ni,
now u will see that i am not strong as u thought..
I'm just an ordinary person...
Sangat mudah terluka dan terasa..
Tapi aku akan sentiasa act aku tak pape,
walaupun aku sangat terluka..

Lagi satu, aku sangat mudah jatuh sakit
bila aku tahu berita buruk atau sesuatu
yang membuat hati aku sangat tak tenang..
Ya..
Aku sangat lemah sebenarnya..
LEMAH...
Itu diri aku yang sebenarnya...

Sunday, July 31, 2011

sahur pertama..

Hm..sedar tak sedar dah masuk bulan puasa dah..
Dah start puasa dah ni..
Azan subuh dah pun berkumandang..
Sahur pertama aku tahun ini bersama housemate tersayang..
Rajin plak la kan nak masak..
Masak biasa-biasa je..
Nasi goreng, sardin and telur dadar..
Tu pun dah cukup bersyukur dapat makan..huhu
Yang penting puasa jangan sengaja nak tinggal...

Lagi best kalau dapat bersahur dengan family
macam orang tu..masakkan untuk family..
Bagus betol orang tu, untung sape dapat die..
Tapi dia dah berpunya..huhu
(^_^)

Hari ni cam seronok and meriah je bersahur,
esok lusa tahla..
Hari first je excited pastu jadi malas..
Tu dah menjadi kebiasaan la setiap tahun..
lain la kalau duduk dekat umah, hari-hari kena sahur..

Apa-apa pun,
tujuan sebenar dekat sini adalah nak ucapkan
selamat berpuasa buat semua..
Have a nice Ramadhan..
(^_^)

Hotspring!!!

Well, hello there..hehe
Ok2.. hari ni cam nak cite sikit pasal hari keluarga
yang berlangsung pada cuti midsem yang lalu iaitu
pada17hb yang lalu..
Lambat betulkan baru aku nak cita..
Dah dua minggu berlalu...
Nak buat macam mana dah aku memang pemalas..
=_='

Actually hari keluarga ni tempat keje abg aku yang
buat so setiap pekerja bawa la family..
Kami pun tak terkecuali..
Abg, mama, adik, aku and tunang abg aku yang pergi...
Hari keluarga ni bertempat di Felda residence Hot Spring
dekat perak..
Seronok jugak la dekat sana..
Tempat die tenang...
Aktiviti sukaneka paling bestla...
Gelak-gelak je..aku tak join pun sukaneka,
time tu tengah sakit perut teramat tapi tahan je
and tak bagitahu sape-sape pun..
Bajet taknak spoil mood orang lain..huhu

Mama, adik and tunang abg aku je join sukaneka..
Diorang main baling kelapa tuju botol..
Tapi sorang pun tak kena..
Kalah la jawabnya..haha
Pastu adik aku ngan tunang abg aku main ikut kata surat plak..
Yang tu menang la, dapat no 2..tahniah..
^_^

Aku juz join teka biji labu je..
Sikit lagi nak menang..
Jawapan die 598, aku jawab 595..
Pakcik aku jawab 596, so die la menang..
Haish, sikit lagi je tu..
=_='
Tapi aku kira bertuah la jugak dapat cabutan bertuah..
Tapi tak berapa nak bertuah sebab dapat hadiah
yang tak berapa best..abg aku dapat periuk nasi..haha
Ok la tu kan..

kena pkai tag bila masuk tempat ni..huhu


Ni mase tunggu orang salin baju nak mandi..lambat la diorg..=_='

kat sini ade section kolam yang sgt panas sampai boleh rebus telur..

memerhati orang mandi..haha


my little sis..huhu

Gambar-gambar mase main sukaneka tak tangkap
la coz sibuk gelak kan orang..haha...
so ni jela gambar yang ada.. 
Kalau nak tau lebih banyak pasal tempat tu
sila klik (SINI)..

Saturday, July 30, 2011

Gagal..

Bila kita berusaha sebaik mungkin untuk
mengubah sesuatu itu tetapi tidak berjaya,
kita akan terasa sangat sedih dan kecewa..
Ya..Itulah yang aku rasa sekarang..
Berusaha untuk tidak menyakitkan
hati orang tapi aku tetap melukakan
dan mengulangi perkara yang sama...

Bila jadi macam tu, aku jadi sangat sedih..
Kemurungan..Berfikir sedalam-dalamnya
kesalahan aku..
Berfikir yang diri ini masih lagi tak mampu
menjadi lebih baik...
Perkara ini juga akan effect kehidupan aku..

Kalau orang-orang disekeliling aku terasa aku lain,
sorry sangat-sangat, aku dalam tekanan..
tak tahu apa jalan terbaik..
I'm so sorry..

Thursday, July 21, 2011

Saya rindu...

Post ni maybe sengal sikit...huhu
tau ada yang tak suka...
tapi nak buat jugak..haha
Saya rindu dia...
Sapa dia???
Adela..
Tak boleh bagitau...

Saya rindu dia sangat-sangat..
Dan saya rasa saya akan terus merindui dia...
Awak...kat sana jangan nakal-nakal k...
Rindu awak sangat...
Lama tak berborak dengan awak...
lama tak buat sesi luahan hati dengan awak...
lama jugak tak share problem dengan awak...
tapi takpe, awak sibuk..saya pun sibuk...
So saya simpan je rindu saya k...

Awak,
Jaga pink panther elok-elok ok..
Dia comel macam awak..hehe...
Miss every moments with you...

When I miss you, 
sometimes I listen to music 
or look at pictures of you, 
not to remind me of you but to make me feel as if I'm with you. 
It makes me forget the distance and capture you.
You may be out of my sight... but never out of my mind..


When I miss you, I don't have to go far ... 
I just have to look inside my heart 
because that's where I'll find you.


If you miss me just look up to the night sky and remember, 
I'm like a star, sometimes you can't see me, 
but I'm always there.




Sorry la terjiwang sekejap..:p

Bergembira ditengah laut..

Sumpah ni entry paling lembab aku buat..haha
Atas kesibukan dan kemalasan yang menguasai diri
entry ini aku siapkan setelah hampir dua minggu..
Sungguh sedih la miera azzudin ni..haha
Nak buat macam mane..
Pelajar tahun akhir ni busy sikit la..haha...

Entry kali ni aku taknak cakap banyak sangat sebab aku
letak gambar je banyak... sebab taktahu nak cakap
apa..so bagi tengok gambar lagi bagus kot..hehe
Al kisahnya budak-budak semester 5
pengurusan pelancongan ada trip naik cruise
minggu-minggu yang lepas..hehe
tak ingat tarikh da...
so inilah gambar-gambarnya..

name cruise 2 star cruise libra..


ni mase dekat tempat nak naik ferry..

oh ya.. lupa nak bagitau...
Kitorang pergi ke tempat cruise tu first, kitorang naik
bas, then naik ferry, pastu jalan kaki, then baru sampai tempat 
cruise tu..macam-macam transport kitrg naik...
Name pun assignment tok subjek transportation kan..haha




menunggu nak naik cruise..huhu





ade persembahan dekat atas kapal..huhu

bersantai amik angin with bff..huhu


Itu saja untuk kali ini...hehe...
Sorry lambat yea kwn2..hehe..