new

Sunday, November 17, 2013

Janji tak tertunai

Saat ini, mengalir lagi air mata aku yang entah keberapa kalinya. Semuanya kerana perhubungan kita yang sentiasa muram. Aku tak tahu apa lagi perlu aku buat untuk menceriakan kembali hubungan ini. Janji kau untuk tidak buat aku menangis dan sentiasa gembira itu telah kau musnahkan sekelip mata.. Aku patut tahu yang harapan aku untuk hubungan kita lebih baik adalah sia-sia. Kita akan tetap bergaduh kembali. Memang kita pandai berjanji tapi tak pernah bisa untuk menunaikan janji itu.. Hati ini tetap sakit dan terguris dengan setiap kata-kata yang keluar. 

Kadang-kadang aku terfikir, adakah ini semua petanda yang hubungan kita takkan kemana? Petanda yang hubungan ini sepatutnya harus berakhir sejak dulu lagi? Petanda yang aku tak patut memberi peluang dan mengharapkan keadaan menjadi lebih baik? Semua itu bermain dalam fikiran aku. Ya.. Berat, terlalu negatif apa yang aku fikirkan. Tapi bila hal macam ini berlaku, sekali lagi aku menitiskan air mata, aku jadi teringat pada janji janji yang dia pernah lafazkan dahulu yang takkan buat aku menangis lagi. Aku tahu salah aku terlalu besar dalam hubungan ini. 

Kadang-kadang aku serabut, aku jadi takut.. Aku perlukan dia untuk sentiasa bagi semangat pada aku tapi dia selalu menjatuhkan kembali semangat aku. Aku bukan minta 24jam masa dia.. Aku cuma perlu semangat dia. Kenapa semasa kami putus aku mampu beri layanan yang baik pada dia, malah aku boleh balas setiap mesej dia? sebab aku sukakan perhatian yang dia bagi saat itu.. sms yang tidak pernah putus dari dia mengharapkan aku kembali, memujuk dan memberi kata-kata yang membuat aku tersentuh. Tapi bila keadaan jadi macam ni, dia akan tinggalkan aku dengan perasaan tak tenang ini, buat aku menangis sendirian tanpa ada sesiapa mahu memujuk. 

Dia tak nampak pengorbanan aku, tapi aku tak kisah semua itu. Aku sendiri tak patut mengharap layanan terbaik dari dia sebab aku tak layak untuk itu. Pada mata semua orang aku hanya perempuan hina.. Perempuan macam aku memang patut dapat macam ni. Betul kata mama, kita tak patut mengharap orang lain untuk menghiburkan hati kita, hanya kita yang mampu gembirakan hati kita sendiri. 

Monday, August 19, 2013

Sukar..

Bukan senang melupakan sesuatu yang dah terlalu dekat dihati. Suka duka bersama, tak mudah untuk dilupakan tanpa ada kekuatan. Tapi aku percaya, masa akan membantu untuk melupakan, menyembuhkan.
Aku yakin juga ada hikmah disebalik semua ini.. Sakit yang aku rasakan sekarang mungkin manis diakhirnya.. Andai dia memang jodohku, aku lari sejauh mana sekalipun dia tetap menjadi insan disisiku kelak.. Cuma buat masa sekarang, ini yang terbaik.. Ya, aku yakin.. Maaf atas semuanya, segala silap dan salah..

Sunday, August 18, 2013

Akhirkan semuanya

Boleh tak kalau Mira nak akhirkan semuanya??
Akhirkan perhubungan yang serabut ni..
Kenapa susah sangat nak kekal bahagia dan gembira..
Mira ke yang bersalah??
Berat rasanya nak tamatkan perhubungan ini tapi, Mira tak sanggup
nak menghadapi rasa sakit setiap kali bertelagah..
Terlalu banyak janji yang hanya sia-sia sahaja..
Sekadar berjanji..
Nak tunggu Mira betul-betul tiada dekat dunia ni baru
Mira akan lebih dihargai kot..

Cukup la kot rasa sakit ini selama perkenalan kita..
Mira dah penat..
Mira dah penat berjuang seorang diri..
Mira tak mampu untuk teruskan..
Biar Mira terluka sekarang daripada terus-terusan dilukai..

Friday, February 1, 2013

Cerita hati

Ya, setiap benda yang mira lakukan mira akan lakukan bersungguh-sungguh.. Salah satunya mencintai seseorang.. I will love that one person till the end.. Selagi orang tu menyayangi mira, mira akan sentiasa disisi die.. Mencintai sepenuh hati.. Tapi hati ini juga ada batasnya.. Kalau sering dilukakan, pastinya kesungguhan itu akan pudar..

Apa yang mira cuba sampaikan dekat sini sebenarnya tiada kena mengena dengan sesiapapun.. Mira taknak ada orang tersalah anggap yang post ni ditujukan untuk mereka.. This is a random post, post yang mira nak bagitau macam mana diri mira sebenarnya.. Macam apa yang mira cakap tadi, bila mira sayangkan seseorang, mira akan setia pada dia, walaupun ada lelaki lain yang sukakan mira.. Sebab mira percaya pada kesetiaan.. Terpulang pada orang nak menilai tahap cinta mira.. Ya.. mungkin biasa saja sekarang, tak menunjuk pada orang lain, tapi bila mira sudah sah menjadi milik seseorang, insyallah mira akan all out untuk dia..

 Dengan kawan-kawan juga begitu, mungkin kawan-kawan yang rapat dengan mira akan rasa mira kuat membebel, selalu bising kalau mereka ada buat salah pada pandangan mira.. Fauzan la yang selalu kena dengan mira, I am so sorry.. Tapi mira sayang mereka, sayang kawan-kawan mira itu sebab mira bising, nak menyedarkan mereka tentang apa salah mereka.. Mereka boleh terus marah mira kalau mira salah, itu cara mira berkawan..

Pada Fauzan, sorry sangat-sangat aku selalu marah kau, tapi aku nak kau berubah jadi lebih baik untuk kebaikan kau sendiri, bukan untuk aku suka-suka nak marah.. Aku bukan kawan yang baik, aku tau perangai aku teruk tapi aku taknak kawan-kawan aku jadi macam aku.. Sorry sangat kalau selama ni kau banyak terasa dengan aku..

Tapi biasala dunia ni manusia sentiasa cari salah orang lain, tak puas hati dengan orang, tak percayakan orang, dan rasa mereka betul.. Bagi mira senang je, sebelum nak marah, sebelum tak suka orang tu, cari apa salah atau sebab untuk kita tak suka orang tu, jangan tiba-tiba tak suka.. Pelik dengan orang yang macam ni..Hm.. yes, terlalu ramai orang yang macam ni.. even kawan-kawan mira pun ada yang macam ni..

Ok, back to the topic.. senang kata mira akan all out bila buat something.. kalau ada orang yang nak mendekati mira hanya untuk suka-suka, lupakan la sebab mira tahu dan boleh detect orang-orang macam ni..   ramai memang ramai yang nak main-main sampai aku sendiri tak tahu nak elak dari diorang ni macam mana.. Menyampah?? Ya, menyampah nak layan orang-orang macam ni.. suka menipu plak tu tapi diorang tak tahu yang aku tahu diorang tu menipu je.. Orang mesti ingat aku senang kena tipu kot.. Tolong la, sekarang ni zaman internet, apa info semua ada kat internet.. nak tipu tu agak-agak la kan.. Makin poyo pulak post ni, tapi ini yang mira nak sampaikan, apa yang ada dalam hati.. Mira bila sayang seseorang bukan sayang suka-suka.. Umur mira sekarang dah tak mengizinkan mira main-main.. Bercinta pun dah tak boleh nak main-main.. Bercinta untuk cari calon suami.. Mama pun dah mula cakap pasal kahwin dan rumahtangga dengan mira.. I am 22 this year, dah sepatutnya jadi lebih matang..

Semua orang pun perlu bersungguh dalam buat sesuatu.. Kenapa perlu main-main kan.. It is not good at all.. mana ada orang kahwin nak suka-suka kan.. so bercinta kena bersungguh-sungguh so that perhubungan tu dapat sampai ke akhir hayat.. kahwin, ada anak.. ok, bila dah umur macam ni memang asyik fikir pasal kahwin je.. tu pasal la banyak entry pasal cinta, hati dan perasaan ni... Post - post mengisi masa lapang dan meluahkan perasaan..



Wednesday, January 30, 2013

Terkenang

Entah kenapa dua tiga hari ini mira rasa serabut sangat.. Memikirkan macam-macam.. Penat otak bila macam ni.. Tadi duduk luar rumah sorang-sorang mira termenung melihat gelagat kucing-kucing yang riang bermain tanpa memikirkan masalah.. Untungnya jadi kucing, dimanjakan.. Tenang seketika melayan kerenah mereka.. Melayan kucing-kucing ni lagi buat mira gembira daripada melayan kerenah manusia yang mira masih tidak mengerti sikap sebenar mereka... Sebab layankan kerenah manusia la aku jadi serabut macam ni.. Teruk.. Terlampau baik dengan orang pun boleh kena pijak-pijak je.. tak pernah menghargai mira langsung..

Mira luahkan dekat mama, everything... Bercerita apa yang terbuku dihati.. Mama cakap, kalau orang dah tak peduli, tak menghargai, buat apa kita terhegeh-hegeh dekat dia, nak pujuk-pujuk dia.. Perempuan ni tinggi maruahnya.. Jangan jatuhkan maruah kita sebagai perempuan.. Ada orang lain yang akan mengambil berat dan menghargai.. Sahabat, kawan mahupun kekasih yang baik takkan sesuka hati buat kita macam ni tanpa fikir apa perasaan kita.. Insyallah, ada orang lain yang lebih baik.. Allah nak tunjuk dekat kita yang orang-orang macam tu tak layak kita nak berkawan dengan dia.. Pasti Allah akan temukan kita dengan orang yang lebih baik... Kalau dah selalu kita maafkan dia, berbuat baik dengan dia tapi masih dia buat kita macam ni, jauhkan lah diri dari dia.. Kalau dia rasa dia besar sebab pemberian kecil dia tu, pulangkan balik segalanya...

Mira sangat-sangat berterima kasih pada mama sebab sudi dengar masalah anak dia ni yang tah hape-hape ni.. asyik-asyik ada masalah je.. mama relaks je takde masalah.. Ada betul apa yang mama cakap.. Mira pun dah penat melayan orang yang tak tahu menghargai.. Penat sangat-sangat.. Biarlah aku jauhkan diri.. Mira masih ada kawan-kawan lain yang lebih menghargai.. Mira akan pulangkan semuanya.. kenangan akan mira padamkan dari memori ini, walaupun susah tapi mira yakin mira mampu.. Mira tahu mira kuat kalau ada kawan-kawan, family dan orang yang menyayangi diri mira..

Orang yang hanya tahu minta maaf tapi tak pernah berubah tak perlu dalam hidup mira.. Mira bukan nak memutuskan silaturrahim tapi mira cuma menjarakkan diri.. jadi kawan yang jauh.. bukan teman rapat lagi.. Tiba masa mira nak manjakan diri sendiri, jaga hati sendiri.. taknak terluka lagi oleh orang yang sama.. Actually memang dah sampai tahap aku letih dan tawar hati.. Maaf, tapi memang ini keputusan mira.. Terima kasih atas segalanya.. walau awak ada masalah pun jangan la buat saya macam ni... tapi awak rela pinggirkan saya dan buat macam tu, takpelah... saya faham dan saya undur diri.. Terima kasih....




Monday, January 28, 2013

Merisik

Lama tidak berada disini.. tempat dimana mira sering meluahkan apa yang dirasa, berkongsi cerita suka dan duka.. bukan tujuan untuk meraih populariti atau simpati orang lain tapi untuk kepuasan diri sendiri bercerita di alam maya yang mira sendiri tidak tahu siapa pembaca blog ini.. untuk berkongsi cerita pada teman mahupun rakan-rakan mungkin agak kekok dan tidak selesa, jadi disinila mira berkongsi dah meluahkan cerita.. semata-mata untuk menenangkan diri..

Cukup la intro yang merepek tapi tulus dari hati.. Kembalinya mira disini menunjukkan yang mira kebosanan.. Ya, bosan.. Mama sibuk berbincang dengan abah tentang pertunangan andak tidak lama lagi, mula merancang macam-macam.. Abang sibuk dengan isteri tercinta yang telah mengandung 3 bulan, pastinya ditatang bagai minyak yang penuh, dan mira?? seorang diri dirumah ditemani kucing-kucing yang banyak ni.. Tak menjadi masalah untuk mira begini, mira tetap akan menyibuk mengendeng dekat mama.. menyibuk, menyampuk.. 

22 Januari 2013 yang lepas, mira, mama, abah dan andak pergi ke Pantai Remis untuk merisik.. Merisik untuk andak, abang mira yang keempat dan terakhir yang belum kahwin.. semuanya baik saja, tapi adala yang kurang serba serbi tapi tak mengapa, kami pun tidak menjangkakan yang lebih.. Alhamdulillah selamat merisik dan bulan 3 nanti akan bertunang pula.. Harap semuanya berjalan lancar.. Gembira tengok abang-abang dah ada pasangan hidup.. Lepas andak, mira pulak.. Haih... risaunya...
Sekarang tengah sibuk buat hantaran untuk andak, mama yang paling kalut.. semua dia nak sediakan awal-awal.. mira jugak la yang kena tolong.. tapi takpe mira memang minat untuk buat hantaran dan menghias.. kalau sampai masa mira bertunang nanti, mira nak buat sendiri hantaran untuk orang tersayang.. sweet tak kita?? Hahaha.. angan-angan je tu.. Insyallah kalau ada jodoh nanti dengan sapa-sapa.. Doakan semuanya baik-baik saja untuk majlis pertunangan andak nanti dan doakan jugak mira cepat-cepat kahwin..:D


Monday, November 26, 2012

Rendah diri

Bila kita tahu yang kita tak sebaik orang lain,
tak sebagus orang lain,
kita akan ada perasaan rendah diri dan kurang keyakinan..
sama macam aku yang sering kali rasa rendah diri..
Bila kita bersama dengan orang yang jauh lebih baik dari kita
kita akan rasa kita tak layak bersamanya..

Bukan niat aku nak merendah diri,
cuma aku nak orang tahu dan tak menyesal memilih aku...
supaya tidak akan ada perkara berbangkit di kemudian hari..
Maaf jika perbuatan ini buat awak rasa menyampah dan rimas..