That the first word yang aku fikir masa aku bangun tidur
pagi tadi.. Aku sendiri tak tahu kenapa aku boleh terfikir nak tulis
entry pasal LDR ni.. Mungkin sebab aku sedang alami
LDR ni.. Before this ramai kawan-kawan aku tanya kat aku yang
LDR ni mampu bertahan atau tak???
Jawapan aku ialah terpulang kepada setiap individu..
Kalau dia selesa dengan LDR so no problem la pada perhubungan
dia, kalau dia tak selesa memang perhubungan tu tak sampai kemana..
Yes, memang susah nak kekalkan perhubungan bila pasangan
masing-masing jauh dan takde depan mata..
Macam-macam persoalan boleh timbul dan pelbagai keraguan
Macam-macam persoalan boleh timbul dan pelbagai keraguan
jugak datang..
Here is a tips from me to handle LDR based on my experience..
Percaya pada pasangan
Percayalah pada partner kita yang dia akan setia dan masihmenyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia.
For me, trust your partner is the most important thing in relationship.
Sentiasa berhubung
Walaupun dah jauh, jangan jadikan alasan untuk tak berhubung..
Ade orang akan kata nak jimat kredit hanphone la, takde duit nak topup,
busy dan sebagainya, but for me, just a single wish every morning pun
dan cukup dah bagi aku. Lagipun sekarang ni zaman IT, facebook ade,
YM pun ade, takpun skype.. Semua medium tu boleh digunakan untuk berhubung.
Tak ada alasan lagi nak kata takde duit coz everything is now free..
Berjumpalah walaupun untuk seketika
Usaha untuk berjumpa walaupun masing-masing jauh..
Biasenye student la yg mengalami LDR ni, so apa kata
masa cuti panjang plan tok berjumpa..Sebab dengan berjumpa
akan dapat mengeratkan lagi perhubungan antara pasangan.
Sentiasa ingat tarikh-tarikh penting
Penting untuk ingat tarikh macam hari lahir sebab kebiasaannya
orang mementingkan tarikh lahir. Mesti pasangan akan gembira kalau
buah hati dia ingat tarikh lahir dia.. For me, just a wish dah cukup
tapi kalau dapat buat surprise lagi bagus.. Mesti pasangan kita
akan lebih terharu.
Thats the tips yang aku boleh share.
For me LDR lagi banyak kebaikan berbanding dengan
percintaan biasa yang hari-hari jumpa..
Here is the reason why i said it is good..
Tak mudah rasa bosan
Bagi aku la kan, jumpa hari-hari pun boleh bosan..
Better jarang jumpa, sebab takde la bosan..
Selalu perhubungan yang terputus adalah akibat bosan,
mana taknye, hari-hari lunch sama-sama, dinner sama-sama
study sama-sama.. Mesti bosan dah..
Setiap pertemuan amat bernilai
Bagi aku setiap pertemuan dalam perhubungan LDR ni akan
jadi sangat special dan bernilai sebab jarang jumpa..
Rasa excited bila jumpa sebab rindu. Berbeza rasa dengan orang
yang selalu jumpa..
Prevent dari perkara tak elok.
Disebabkan jarang jumpa, so memang aktiviti terbatas..
Perkara-perkara tak elok pun dapat dielakkan.
Faham-faham jela kan kalau dah terlebih mesra dengan pasangan
masing-masing.. tambah lagi kalau sentiasa berdua je..
Haha.. ok la.. Setakat ini jela aku share apa yang aku rasa pasal LDR ni..
Actually dalam setiap perhubungan tu bergantung pada diri masing-masing.
Kalau betul-betul sayangkan pasangan kita tak kira la jauh
ataupun dekat, hubungan antara pasangan akan tetap baik..
Credit to google for the picture..^_^
No comments:
Post a Comment