Selepas mengalami hari-hari yang teruk for few weeks, alhamdulillah..Aku kembali tenang.. Terima kasih pada insan-insan yang sentiasa menyayangi aku, yang sentiasa disisi semasa susah dan senang.. Ingat lagi pada sebaris ayat ini, yang membuat aku mula sedar...
"Belajar menghargai apa yang kita ada lebih baik daripada terkenang-kenangkan apa yang kita sudah tiada"
Terlalu mengenangkan sesuatu yang sudah jauh dari diri aku sehingga aku terlupa yang aku sudah ada yang terbaik di depan mata... Di sedarkan oleh seseorang buat aku kuat.. Aku ingat setiap kata-katanya..
"Manusia yang lari dari hakikat kehidupan sama juga dengan mereka yang tidak mengenal erti redha.. Tidak redha seorang hamba dengan ketetapan-Nya merupakan kayu ukur takwa dalam diri kita sebagai hamba Allah."
Sebaris kata itu sudah mampu buat aku tergamam, berfikir sendiri apa yang telah aku lakukan selama ini.. Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabah kepada Allah. Redha dalam erti kata yang mudah difahami, kita menerima sesuatu yang telah ditetapkan dalam hidup kita dengan perasaan yang senang. Baik hukum mahupun ketetapan bagi perjalanan hidup kita.
Redha menerima hukum-hukum dan ketetapan Allah menunjukkan kesempurnaan iman, kemulian takwa dan kepatuhan kepada Allah kerana menerima ketetapan-Nya dengan rasa yang senang hati dan tidak merasa terpaksa dan dipaksa. Perasaan redha itu juga menunjukkan kita tunduk dan patuh dengan segala kelapangan dada, bahkan gembira dan senang menerima perkara yang telah digariskan oleh Allah dan Rasul-Nya. Itu adalah salah satu cabang cinta manusia kepada Allah. Tanda keimanan yang murni serta tulus ikhlas kepada-Nya.
Bahkan, dengan redha itu juga menunjukkan bahawa kita yakin, hanya Allah mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya. Dan pilihan Allah pastinya yang terbaik jika dibandingkan dengan pilihan dan kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri..
Seperti yang telah diriwayatkan dalam sabda Rasulullah s.a.w.
"Demi Allah yang jiwaku ditangan-Nya! Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin. Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya, dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya." (Riwayat Muslim)
Semua itu buat aku sedar tentang hakikat redha dengan apa yang berlaku.. Tentang pilihan terbaik adalah daripada Dia..
No comments:
Post a Comment