new

Saturday, August 20, 2011

Aku suka..^_^

Just nak share one video ni...
Aku rase kelakar..
But at the same time die bagi moral value gak..
Juzt keep watching..hukhuk..


Wednesday, August 17, 2011

Terima kasih cik Farah..^_^

Hari ini sangat-sangat gembira kerana saya
berjaya mendapat doodle dari cik Farah kita ni..
Die dengan baik hatinya nak bagi doodles free
so apa lagi, tak lepaskan peluang la nak satu..hehe
Ingatkan haritu tak dapat dah, rupa-rupanya
dapat jugak.. Thanks again cik Farah..huhu

Saya sangat suka doodle itu..
Ade en ehem2 disitu...^_^
Kita nak buat sendiri memang la sangat
tak reti, so thanks again Farah..
terima kasih banyak-banyak..
kalau bermurah hati leh buat lagi..haha..
Gurau je, dapat satu pun dah gembira..
^_^

Eh, lupa pulak nak tunjuk doodlenya..Hehe..


Saturday, August 13, 2011

Persoalan???

My best frenz masa kat sekolah dulu pernah cakap
dekat aku yang aku ni seorang yang sangat kuat
kalau berhadapan dengan masalah...
Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya,
adakah kenyataan dia benar???
Apa yang menyebabkan dia berkata begitu..

Pada aku, aku bukanlah seorang yang kuat..
Aku hanya berpura-pura jadi orang yang kuat
pada mata orang lain...
Hakikat sebenar hanya aku dan Tuhan yang tahu...

Orang yang rapat dengan aku tahu yang aku
jarang cerita masalah aku dan jarang bagitahu
kalau aku sakit..mungkin itu antara sebab
kenapa aku disangka kuat...

Now aku reveal siapa aku sebenarnya..
I"m not that strong..
Setiap masalah yang datang aku menangis..
Setiap kesalahan yang aku buat aku menangis..
walaupun kesalahan tu dah lama aku tetap
menangis memikirkan kebodohan diri sendiri..
Tapi aku tak menangis depan orang..
Aku menangis bila aku nak tidur..
Sebab tak nak orang nampak..

Kenapa aku tak nak share dengan orang masalah aku??


Sebab aku takut kalau aku share masalah aku
dengan orang lain, aku tak dapat respond dari
mereka dan takut mereka gelakkan aku..
Semua ni sebab aku pernah tak dapat respond
dari orang yang rapat dengan aku bila aku cerita
masalah aku pada dia..malah dia buat lawak
dengan masalah aku tu..
So sekarang aku jarang bercerita dengan orang
apa yang terjadi dekat aku...

Benda-benda tak penting aku bagitahu la..
Tapi bila perkara yang aku rasa berat,
aku simpan sendiri..
walaupun pedih dan berat benda tu..

Kalau kawan aku tu baca blog ni,
now u will see that i am not strong as u thought..
I'm just an ordinary person...
Sangat mudah terluka dan terasa..
Tapi aku akan sentiasa act aku tak pape,
walaupun aku sangat terluka..

Lagi satu, aku sangat mudah jatuh sakit
bila aku tahu berita buruk atau sesuatu
yang membuat hati aku sangat tak tenang..
Ya..
Aku sangat lemah sebenarnya..
LEMAH...
Itu diri aku yang sebenarnya...