new

Sunday, November 17, 2013

Janji tak tertunai

Saat ini, mengalir lagi air mata aku yang entah keberapa kalinya. Semuanya kerana perhubungan kita yang sentiasa muram. Aku tak tahu apa lagi perlu aku buat untuk menceriakan kembali hubungan ini. Janji kau untuk tidak buat aku menangis dan sentiasa gembira itu telah kau musnahkan sekelip mata.. Aku patut tahu yang harapan aku untuk hubungan kita lebih baik adalah sia-sia. Kita akan tetap bergaduh kembali. Memang kita pandai berjanji tapi tak pernah bisa untuk menunaikan janji itu.. Hati ini tetap sakit dan terguris dengan setiap kata-kata yang keluar. 

Kadang-kadang aku terfikir, adakah ini semua petanda yang hubungan kita takkan kemana? Petanda yang hubungan ini sepatutnya harus berakhir sejak dulu lagi? Petanda yang aku tak patut memberi peluang dan mengharapkan keadaan menjadi lebih baik? Semua itu bermain dalam fikiran aku. Ya.. Berat, terlalu negatif apa yang aku fikirkan. Tapi bila hal macam ini berlaku, sekali lagi aku menitiskan air mata, aku jadi teringat pada janji janji yang dia pernah lafazkan dahulu yang takkan buat aku menangis lagi. Aku tahu salah aku terlalu besar dalam hubungan ini. 

Kadang-kadang aku serabut, aku jadi takut.. Aku perlukan dia untuk sentiasa bagi semangat pada aku tapi dia selalu menjatuhkan kembali semangat aku. Aku bukan minta 24jam masa dia.. Aku cuma perlu semangat dia. Kenapa semasa kami putus aku mampu beri layanan yang baik pada dia, malah aku boleh balas setiap mesej dia? sebab aku sukakan perhatian yang dia bagi saat itu.. sms yang tidak pernah putus dari dia mengharapkan aku kembali, memujuk dan memberi kata-kata yang membuat aku tersentuh. Tapi bila keadaan jadi macam ni, dia akan tinggalkan aku dengan perasaan tak tenang ini, buat aku menangis sendirian tanpa ada sesiapa mahu memujuk. 

Dia tak nampak pengorbanan aku, tapi aku tak kisah semua itu. Aku sendiri tak patut mengharap layanan terbaik dari dia sebab aku tak layak untuk itu. Pada mata semua orang aku hanya perempuan hina.. Perempuan macam aku memang patut dapat macam ni. Betul kata mama, kita tak patut mengharap orang lain untuk menghiburkan hati kita, hanya kita yang mampu gembirakan hati kita sendiri.