new

Sunday, August 12, 2012

Time is running out..

Time is running out.. Tinggal sikit je masa lagi..
Apa yang tinggal sikit?? Tertanya-tanya??
Biarkan aku yang tahu apa yang terjadi..
Sekadar post pendek yang tiada membawa apa-apa maksud..
Cuma mengingati diri sendiri yang aku kesuntukan masa..
Masa tak pernah bersimpati dengan aku,
aku terpaksa mengatur segala dengan baik,
walau penat dan lelah sepanjang perjalanan...

Wednesday, July 4, 2012

Redha..

Selepas mengalami hari-hari yang teruk for few weeks, alhamdulillah..Aku kembali tenang.. Terima kasih pada insan-insan yang sentiasa menyayangi aku, yang sentiasa disisi semasa susah dan senang.. Ingat lagi pada sebaris ayat ini, yang membuat aku mula sedar...

"Belajar menghargai apa yang kita ada lebih baik daripada terkenang-kenangkan apa yang kita sudah tiada"


Terlalu mengenangkan sesuatu yang sudah jauh dari diri aku sehingga aku terlupa yang aku sudah ada yang terbaik di depan mata... Di sedarkan oleh seseorang buat aku kuat.. Aku ingat setiap kata-katanya..

"Manusia yang lari dari hakikat kehidupan sama juga dengan mereka yang tidak mengenal erti redha.. Tidak redha seorang hamba dengan ketetapan-Nya merupakan kayu ukur takwa dalam diri kita sebagai hamba Allah."

Sebaris kata itu sudah mampu buat aku tergamam, berfikir sendiri apa yang telah aku lakukan selama ini.. Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabah kepada Allah. Redha dalam erti kata yang mudah difahami, kita menerima sesuatu yang telah ditetapkan dalam hidup kita dengan perasaan yang senang. Baik hukum mahupun ketetapan bagi perjalanan hidup kita.

Redha menerima hukum-hukum dan ketetapan Allah menunjukkan kesempurnaan iman, kemulian takwa dan kepatuhan kepada Allah kerana menerima ketetapan-Nya dengan rasa yang senang hati dan tidak merasa terpaksa dan dipaksa. Perasaan redha itu juga menunjukkan kita tunduk dan patuh dengan segala kelapangan dada, bahkan gembira dan senang menerima perkara yang telah digariskan oleh Allah dan Rasul-Nya. Itu adalah salah satu cabang cinta manusia kepada Allah. Tanda keimanan yang murni serta tulus ikhlas kepada-Nya.

Bahkan, dengan redha itu juga menunjukkan bahawa kita yakin, hanya Allah mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya. Dan pilihan Allah pastinya yang terbaik jika dibandingkan dengan pilihan dan kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri..

Seperti yang telah diriwayatkan dalam sabda Rasulullah s.a.w.

"Demi Allah yang jiwaku ditangan-Nya! Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin. Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya, dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya." (Riwayat Muslim)


Semua itu buat aku sedar tentang hakikat redha dengan apa yang berlaku.. Tentang pilihan terbaik adalah daripada Dia..




Monday, July 2, 2012

Susah..

A few days yang lepas, aku berym dengan kawan lama masa sekolah dulu.. Topik kitorang cerita pasal calon suami..haha.. Kelas kau jah.. Biasa la kan, usia dah semakin meningkat ni, memang makin gatal sikit nak kawen..hahaha.. Yela, tengok kawan-kawan ramai yang dah bertunang dan bakal berkahwin tak lama lagi.. So timbul la isu itu.. Ada jugak kawan-kawan yang sebaya dengan aku yang dah kawen.. Batch aku dekat uitm penang dulu pun ada yang dah kawen.. Junior aku lagi la ramai yang dah kawen..

Nak dijadikan cerita la, aku tanya dekat kawan aku ni pasal pakwe die.. Tengok dekat facebook bukan main lagi gambar die dengan pakwe die.. Nak jugak la tau macam mane percintaan diorang ni..haha.. Busy body kan aku ni..harhar.. Biarkan.. Die kawan baik aku kot masa kat hostel dulu.. Serius rapat giler, semua benda mesti cerita, kitorang crush dekat sape pun mesti masing-masing tau.. So aku jadi tak segan la nak tanya die..hehe

Die cerita la macam mane die kenal.. Then suddenly die cakap, "nak cari calon suami ni susah, nak cari pakwe berlambak je.." Time tu aku dah terdiam.. Apa yang die cakap tu ada betulnya.. Memang la, nak cari pakwe or skandal untuk suka-suka memang bersepah.. Tapi yang sanggup untuk mengahwini kita tu sangat susah.. Kawan aku tu cakap, die dah takde nak fikir suka-suka dah... Die nak cari someone yang boleh dijadikan bakal suami.. Suami yang boleh dijadikan imam.. Suami yang bertanggungjawab.. Suami yang akan sentiasa mencintai dia, susah dan senang... Suami yang akan sentiasa memilih die untuk berada disisi walaupun beribu perempuan cantik depan mata... Well said dear..:D

See... Semua orang pun serius sekarang.. Makin dewasa, makin matang cara kita berfikir.. aku pun memang berfikir macam apa yang kawan aku cakap.. Masa untuk cinta monyet dan main-main ni dah habis dah.. Aku jugak nak cari calon suami.. Bukan pakwe untuk suka-suka.. Tapi biasa orang selalu macam tu.. Time belajar mesti ada seorang awek/pakwe, then dah abis belajar terus lost contact, cari awek/pakwe lain pulak.. Thats normal..

Ada je yang willing to love me sampai akhir hayat aku, aku akan jadi milik dia sampai akhir hayat aku.. Aku dah taknak memilih dah.. Jumpa yang terbaik terus bertunang and kahwin..hehehe.. Dah taknak mengalami proses dilukakan lagi.. Perit sangat... But now, yang menghalang aku adalah study aku.. aku masih nak study dan nak kerja dulu.. Then baru aku nak kahwin..

Kawan aku ni cakap jugak, yang die dah kenalkan pakwe die tu pada parents die.. Untuk bagi hint kat pakwe die yang die serius dalam hubungan tu.. Dan nak pakwe die tu jadi suami die.. Mymom pun jenis yang kalau boleh nak kenal siapa pakwe anak-anak die.. Ajak datang rumah.. Mama cakap, tujuan dia untuk bagitau dekat laki tu jangan nak main-main bila parents dah kenal die siapa.. Hanya orang yang serius je yang akan willing nak jumpa parents.. yang nak main-main jangan harap la nak jumpa kan.. Haha.. Thats my mom.. tapi memang betul pun.. Aku sendiri takkan ajak pakwe aku kalau aku tak serius dengan die.. so, fikir-fikirla.. (^_^)

me..(^_^)

Dicintai itu sukar..

Setuju bila ada orang kata yang mencintai seseorang itu sangat mudah... Dicintai juga mudah.. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cinta itu teramat susah.. Dan aku percaya yang tidak ramai berada dalam situasi mencintai, dan dicintai oleh orang yang mereka sayangi.. Ada tapi tak ramai...

Aku sendiri pernah alami situasi itu.. Sedih?? Yup, sedih tapi nak buat macam mana kan.. Bukan jodoh dengan orang yang kita cintai.. So kita hanya mampu berdoa yang terbaik untuk orang yang kita cintai... Kita akan rasa bahagia bila tengok orang yang kita cintai tu bahagia..




Saturday, June 30, 2012

Cinta ini..

Dulu aku tak pernah sedar yang suatu hari aku jatuh cinta.. Cinta yang tak pernah dirancang.. Cinta yang tak pernah diminta.. Cinta yang hadir dengan sendirinya..

Akhirnya aku jatuh sendiri pada cinta yang hadir atas kesungguhan yang ditunjukkan.. Sikap ambil berat.. Keceriaan.. Dan semua yang ditunjukkan buat aku rasa apa itu cinta..

Tapi pada mulanya, aku sendiri keliru.. Sama ada itu cinta atau suka... Kerana aku tak mahu untuk mengulang kisah lama.. Ditinggalkan dan dibuang seperti sampah.. Ya.. Aku tidak mahu begitu.. Aku cuba untuk menidakkan rasa itu sehinggalah aku tidak mampu lagi menipu diri sendiri..

Ya.. Aku sayangkan dia sepenuh hati aku.. Aku tolak sesiapa yang hadir hanya untuk dia.. Walaupun pada mulanya hati ini kurang percaya padanya.. Disaat aku yakin yang cintanya untuk aku, disaat itu keyakinan aku diuji.. Goyah.. Tapi aku tetap berusaha membina keyakinan dan berusaha memaafkan..

Bukan sekali cinta ini diuji.. Berkali-kali sehinggakan kadang-kadang aku bagaikan mahu menyerah untuk terus mempertahankan cinta ini.. Namun, keyakinan yang dia beri buat aku terus yakin dan memberi peluang demi peluang...tapi kalau takdir mahukan kami berpisah, apa mampu aku lakukan... Hanya mampu berdoa agar semuanya baik-baik sahaja..

Ya.. Cinta ini masih segar dihati.. Cinta yang aku sendiri tidak tahu dimana hujungnya.. Aku akan setia menunggu tapi aku sendiri takut bagaimana kalau cinta ini terhenti... Mampukah aku lalui semua itu... Penat memikirkan segala kemungkinan..

Hari-hari aku sekarang diisi dengan sujud kepada pencipta.. Memohon kedamaian hati, keinsafan terhadap dosa lama.. Berdoa agar setiap langkah perjalanan hidup aku akan lebih baik dan lebih berwarna warni.. Walaupun keyakinan untuk mengecapi kebahagian itu kadang-kadang goyah, namun aku tetap gagahi jua.. Aku yakin andai kita ikhlas, dan sentiasa berusaha yang terbaik, sinar bahagia itu ada menanti.. Insyallah..

Tiada guna andai mahu diputarkan kembali masa.. apa yang sudah tertulis, patut diambil iktibar.. Jadikan pedoman.. Kalau tidak kerana kesilapan semalam, aku takkan jadi seperti aku hari ini.. Jika tidak dimarah, diperli, dirotan, aku takkan menjadi manusia yang sedar aku terlalu banyak buat silap.. Dan perlu berubah..

Cinta yang hadir ini akan terus berada dalam diri ini.. Insyallah.. akan aku jauhkan rasa benci dari cinta ini.. Doaku buat semua, semoga sentiasa mendapat kebahagian dunia dan di akhirat.. Amin..

HACKS - Farique Nadzir

Kau hadir tanpa ku sedari,
Mengisi kekosongan hati,
Kini kau pergi tinggalkan ku,
Lemas ku dalam sepi

Hujan yang turun ke bumi,
Membawa rindu yang mengunung,
Kau biarkan ku sendiri,
Malam ku tanpa mimpi

Mengapa tangan kau lepaskan,
Setelah hatiku kau tawan
Mengapa takdir memisahkan,
Hanya aku cinta kau seorang,

Mengapa tangan kau lepaskan,
Setelah hatiku kau tawan
Angin malam bawalah cintaku,
Menghapus rasa rindu

Tak sangka..

Hai..hai... Sementara nak tunggu solat Isyak ni, aku berblogwalking la sebentar dan tak lupa juga bergoogling benda-benda mengarut..haha.. And you know what, I've found something interesting yet so sweet..hewhew..

Apa yang aku jumpa?? Aku jumpa blog someone..hehe.. Blog seorang wanita, personal blog.. Mostly dia cerita pasal love life dia.. Pakwe dia tu kawan aku, which is kawan rapat Fizi Lah..harhar... Kantoi sudah sekarang.. Dulu mengaku takde awek n single selama 4 tahun.. tapi hakikat sebenarnya tidak begitu..

Sweet je blog dia.. Macam mana dia luahkan perasaan dia buat aku rasa yang cinta aku sangat kerdil nak dibandingkan dengan dia.. Kagum.. Yes.. thats the word.. Memang sangat terharu bila baca blog dia, macam mana matang dia hadapi hubungan yang bergelora dan jauh antara satu sama lain... Keyakinan dia pada pakwe dia.. But still dia tak pernah lupa Tuhan yang menganugerahkan semua kesempurnaan itu...

Will be happy for them.. And I wish, kisah cinta aku sehebat kisah mereka.. Amin..:D