new

Saturday, June 30, 2012

Cinta ini..

Dulu aku tak pernah sedar yang suatu hari aku jatuh cinta.. Cinta yang tak pernah dirancang.. Cinta yang tak pernah diminta.. Cinta yang hadir dengan sendirinya..

Akhirnya aku jatuh sendiri pada cinta yang hadir atas kesungguhan yang ditunjukkan.. Sikap ambil berat.. Keceriaan.. Dan semua yang ditunjukkan buat aku rasa apa itu cinta..

Tapi pada mulanya, aku sendiri keliru.. Sama ada itu cinta atau suka... Kerana aku tak mahu untuk mengulang kisah lama.. Ditinggalkan dan dibuang seperti sampah.. Ya.. Aku tidak mahu begitu.. Aku cuba untuk menidakkan rasa itu sehinggalah aku tidak mampu lagi menipu diri sendiri..

Ya.. Aku sayangkan dia sepenuh hati aku.. Aku tolak sesiapa yang hadir hanya untuk dia.. Walaupun pada mulanya hati ini kurang percaya padanya.. Disaat aku yakin yang cintanya untuk aku, disaat itu keyakinan aku diuji.. Goyah.. Tapi aku tetap berusaha membina keyakinan dan berusaha memaafkan..

Bukan sekali cinta ini diuji.. Berkali-kali sehinggakan kadang-kadang aku bagaikan mahu menyerah untuk terus mempertahankan cinta ini.. Namun, keyakinan yang dia beri buat aku terus yakin dan memberi peluang demi peluang...tapi kalau takdir mahukan kami berpisah, apa mampu aku lakukan... Hanya mampu berdoa agar semuanya baik-baik sahaja..

Ya.. Cinta ini masih segar dihati.. Cinta yang aku sendiri tidak tahu dimana hujungnya.. Aku akan setia menunggu tapi aku sendiri takut bagaimana kalau cinta ini terhenti... Mampukah aku lalui semua itu... Penat memikirkan segala kemungkinan..

Hari-hari aku sekarang diisi dengan sujud kepada pencipta.. Memohon kedamaian hati, keinsafan terhadap dosa lama.. Berdoa agar setiap langkah perjalanan hidup aku akan lebih baik dan lebih berwarna warni.. Walaupun keyakinan untuk mengecapi kebahagian itu kadang-kadang goyah, namun aku tetap gagahi jua.. Aku yakin andai kita ikhlas, dan sentiasa berusaha yang terbaik, sinar bahagia itu ada menanti.. Insyallah..

Tiada guna andai mahu diputarkan kembali masa.. apa yang sudah tertulis, patut diambil iktibar.. Jadikan pedoman.. Kalau tidak kerana kesilapan semalam, aku takkan jadi seperti aku hari ini.. Jika tidak dimarah, diperli, dirotan, aku takkan menjadi manusia yang sedar aku terlalu banyak buat silap.. Dan perlu berubah..

Cinta yang hadir ini akan terus berada dalam diri ini.. Insyallah.. akan aku jauhkan rasa benci dari cinta ini.. Doaku buat semua, semoga sentiasa mendapat kebahagian dunia dan di akhirat.. Amin..

No comments: