new

Monday, November 26, 2012

Rendah diri

Bila kita tahu yang kita tak sebaik orang lain,
tak sebagus orang lain,
kita akan ada perasaan rendah diri dan kurang keyakinan..
sama macam aku yang sering kali rasa rendah diri..
Bila kita bersama dengan orang yang jauh lebih baik dari kita
kita akan rasa kita tak layak bersamanya..

Bukan niat aku nak merendah diri,
cuma aku nak orang tahu dan tak menyesal memilih aku...
supaya tidak akan ada perkara berbangkit di kemudian hari..
Maaf jika perbuatan ini buat awak rasa menyampah dan rimas..

Monday, November 19, 2012

My view

Kadang-kadang aku pelik, kenapa aku masih bertahan
walaupun macam-macam terjadi..
Mungkin sebab masih sayang, dan mungkin juga
sebab terbiasa atau mungkin hati aku yang terlalu lembut
atau mungkin juga dia yang menyelamatkan keadaan...

Hakikatnya, aku sayang perhubungan yang telah terbina
sekian lama..
bukan senang untuk kekal lebih 3 tahun dan dah masuk
tahun ke 4.. Aku betul-betul sayang perhubungan ini..
Lebih sayang bila mendapat restu banyak pihak
bukan macam perhubungan yang sebelum ini..
Insyallah, aku cuba yang terbaik dengan cara yang lebih direstui..

Sunday, November 18, 2012

Jujur

Saya tahu satement saya tadi dah melukakan hati awak..
Maafkan saya awak...
Bukan niat saya nak lukakan hati awak,
mahupun sakitkan hati awak..
Tapi itulah sejujurnya apa yang saya rasa,
ketakutan yang selama ini saya simpan sendiri..
Semua saya luahkan pada awak hari ini...
Kenapa saya ambil tindakan-tindakan yang awak
rasa tidak adil bagi awak..
Itu semua sebab pengalaman hitam yang penah saya
lalui dalam hidup saya..
Saya harap awak faham keadaan saya..
Maafkan saya....

Saturday, November 17, 2012

masih dan terus begini

Bila hati kerap terluka,
makin banyak parut yang timbul..
Ada yang sembuh dan ada yang tidak..
Sakitnya hanya Tuhan yang tahu..
Aku tak mampu berbuat apa-apa..
Redha dengan semua ini atau larikan diri saja???
Entahla, aku masih tiada jawapan itu..
Mungkin akan larikan diri..
Biarlah sunyi hidup ini tanpa teman..
Biarlah andai tiada yang sudi lagi,
daripada hati ini terus terluka dan
terus jadi mainan orang lain..

Sunday, August 12, 2012

Time is running out..

Time is running out.. Tinggal sikit je masa lagi..
Apa yang tinggal sikit?? Tertanya-tanya??
Biarkan aku yang tahu apa yang terjadi..
Sekadar post pendek yang tiada membawa apa-apa maksud..
Cuma mengingati diri sendiri yang aku kesuntukan masa..
Masa tak pernah bersimpati dengan aku,
aku terpaksa mengatur segala dengan baik,
walau penat dan lelah sepanjang perjalanan...

Wednesday, July 4, 2012

Redha..

Selepas mengalami hari-hari yang teruk for few weeks, alhamdulillah..Aku kembali tenang.. Terima kasih pada insan-insan yang sentiasa menyayangi aku, yang sentiasa disisi semasa susah dan senang.. Ingat lagi pada sebaris ayat ini, yang membuat aku mula sedar...

"Belajar menghargai apa yang kita ada lebih baik daripada terkenang-kenangkan apa yang kita sudah tiada"


Terlalu mengenangkan sesuatu yang sudah jauh dari diri aku sehingga aku terlupa yang aku sudah ada yang terbaik di depan mata... Di sedarkan oleh seseorang buat aku kuat.. Aku ingat setiap kata-katanya..

"Manusia yang lari dari hakikat kehidupan sama juga dengan mereka yang tidak mengenal erti redha.. Tidak redha seorang hamba dengan ketetapan-Nya merupakan kayu ukur takwa dalam diri kita sebagai hamba Allah."

Sebaris kata itu sudah mampu buat aku tergamam, berfikir sendiri apa yang telah aku lakukan selama ini.. Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabah kepada Allah. Redha dalam erti kata yang mudah difahami, kita menerima sesuatu yang telah ditetapkan dalam hidup kita dengan perasaan yang senang. Baik hukum mahupun ketetapan bagi perjalanan hidup kita.

Redha menerima hukum-hukum dan ketetapan Allah menunjukkan kesempurnaan iman, kemulian takwa dan kepatuhan kepada Allah kerana menerima ketetapan-Nya dengan rasa yang senang hati dan tidak merasa terpaksa dan dipaksa. Perasaan redha itu juga menunjukkan kita tunduk dan patuh dengan segala kelapangan dada, bahkan gembira dan senang menerima perkara yang telah digariskan oleh Allah dan Rasul-Nya. Itu adalah salah satu cabang cinta manusia kepada Allah. Tanda keimanan yang murni serta tulus ikhlas kepada-Nya.

Bahkan, dengan redha itu juga menunjukkan bahawa kita yakin, hanya Allah mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya. Dan pilihan Allah pastinya yang terbaik jika dibandingkan dengan pilihan dan kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri..

Seperti yang telah diriwayatkan dalam sabda Rasulullah s.a.w.

"Demi Allah yang jiwaku ditangan-Nya! Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin. Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya, dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya." (Riwayat Muslim)


Semua itu buat aku sedar tentang hakikat redha dengan apa yang berlaku.. Tentang pilihan terbaik adalah daripada Dia..




Monday, July 2, 2012

Susah..

A few days yang lepas, aku berym dengan kawan lama masa sekolah dulu.. Topik kitorang cerita pasal calon suami..haha.. Kelas kau jah.. Biasa la kan, usia dah semakin meningkat ni, memang makin gatal sikit nak kawen..hahaha.. Yela, tengok kawan-kawan ramai yang dah bertunang dan bakal berkahwin tak lama lagi.. So timbul la isu itu.. Ada jugak kawan-kawan yang sebaya dengan aku yang dah kawen.. Batch aku dekat uitm penang dulu pun ada yang dah kawen.. Junior aku lagi la ramai yang dah kawen..

Nak dijadikan cerita la, aku tanya dekat kawan aku ni pasal pakwe die.. Tengok dekat facebook bukan main lagi gambar die dengan pakwe die.. Nak jugak la tau macam mane percintaan diorang ni..haha.. Busy body kan aku ni..harhar.. Biarkan.. Die kawan baik aku kot masa kat hostel dulu.. Serius rapat giler, semua benda mesti cerita, kitorang crush dekat sape pun mesti masing-masing tau.. So aku jadi tak segan la nak tanya die..hehe

Die cerita la macam mane die kenal.. Then suddenly die cakap, "nak cari calon suami ni susah, nak cari pakwe berlambak je.." Time tu aku dah terdiam.. Apa yang die cakap tu ada betulnya.. Memang la, nak cari pakwe or skandal untuk suka-suka memang bersepah.. Tapi yang sanggup untuk mengahwini kita tu sangat susah.. Kawan aku tu cakap, die dah takde nak fikir suka-suka dah... Die nak cari someone yang boleh dijadikan bakal suami.. Suami yang boleh dijadikan imam.. Suami yang bertanggungjawab.. Suami yang akan sentiasa mencintai dia, susah dan senang... Suami yang akan sentiasa memilih die untuk berada disisi walaupun beribu perempuan cantik depan mata... Well said dear..:D

See... Semua orang pun serius sekarang.. Makin dewasa, makin matang cara kita berfikir.. aku pun memang berfikir macam apa yang kawan aku cakap.. Masa untuk cinta monyet dan main-main ni dah habis dah.. Aku jugak nak cari calon suami.. Bukan pakwe untuk suka-suka.. Tapi biasa orang selalu macam tu.. Time belajar mesti ada seorang awek/pakwe, then dah abis belajar terus lost contact, cari awek/pakwe lain pulak.. Thats normal..

Ada je yang willing to love me sampai akhir hayat aku, aku akan jadi milik dia sampai akhir hayat aku.. Aku dah taknak memilih dah.. Jumpa yang terbaik terus bertunang and kahwin..hehehe.. Dah taknak mengalami proses dilukakan lagi.. Perit sangat... But now, yang menghalang aku adalah study aku.. aku masih nak study dan nak kerja dulu.. Then baru aku nak kahwin..

Kawan aku ni cakap jugak, yang die dah kenalkan pakwe die tu pada parents die.. Untuk bagi hint kat pakwe die yang die serius dalam hubungan tu.. Dan nak pakwe die tu jadi suami die.. Mymom pun jenis yang kalau boleh nak kenal siapa pakwe anak-anak die.. Ajak datang rumah.. Mama cakap, tujuan dia untuk bagitau dekat laki tu jangan nak main-main bila parents dah kenal die siapa.. Hanya orang yang serius je yang akan willing nak jumpa parents.. yang nak main-main jangan harap la nak jumpa kan.. Haha.. Thats my mom.. tapi memang betul pun.. Aku sendiri takkan ajak pakwe aku kalau aku tak serius dengan die.. so, fikir-fikirla.. (^_^)

me..(^_^)

Dicintai itu sukar..

Setuju bila ada orang kata yang mencintai seseorang itu sangat mudah... Dicintai juga mudah.. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cinta itu teramat susah.. Dan aku percaya yang tidak ramai berada dalam situasi mencintai, dan dicintai oleh orang yang mereka sayangi.. Ada tapi tak ramai...

Aku sendiri pernah alami situasi itu.. Sedih?? Yup, sedih tapi nak buat macam mana kan.. Bukan jodoh dengan orang yang kita cintai.. So kita hanya mampu berdoa yang terbaik untuk orang yang kita cintai... Kita akan rasa bahagia bila tengok orang yang kita cintai tu bahagia..




Saturday, June 30, 2012

Cinta ini..

Dulu aku tak pernah sedar yang suatu hari aku jatuh cinta.. Cinta yang tak pernah dirancang.. Cinta yang tak pernah diminta.. Cinta yang hadir dengan sendirinya..

Akhirnya aku jatuh sendiri pada cinta yang hadir atas kesungguhan yang ditunjukkan.. Sikap ambil berat.. Keceriaan.. Dan semua yang ditunjukkan buat aku rasa apa itu cinta..

Tapi pada mulanya, aku sendiri keliru.. Sama ada itu cinta atau suka... Kerana aku tak mahu untuk mengulang kisah lama.. Ditinggalkan dan dibuang seperti sampah.. Ya.. Aku tidak mahu begitu.. Aku cuba untuk menidakkan rasa itu sehinggalah aku tidak mampu lagi menipu diri sendiri..

Ya.. Aku sayangkan dia sepenuh hati aku.. Aku tolak sesiapa yang hadir hanya untuk dia.. Walaupun pada mulanya hati ini kurang percaya padanya.. Disaat aku yakin yang cintanya untuk aku, disaat itu keyakinan aku diuji.. Goyah.. Tapi aku tetap berusaha membina keyakinan dan berusaha memaafkan..

Bukan sekali cinta ini diuji.. Berkali-kali sehinggakan kadang-kadang aku bagaikan mahu menyerah untuk terus mempertahankan cinta ini.. Namun, keyakinan yang dia beri buat aku terus yakin dan memberi peluang demi peluang...tapi kalau takdir mahukan kami berpisah, apa mampu aku lakukan... Hanya mampu berdoa agar semuanya baik-baik sahaja..

Ya.. Cinta ini masih segar dihati.. Cinta yang aku sendiri tidak tahu dimana hujungnya.. Aku akan setia menunggu tapi aku sendiri takut bagaimana kalau cinta ini terhenti... Mampukah aku lalui semua itu... Penat memikirkan segala kemungkinan..

Hari-hari aku sekarang diisi dengan sujud kepada pencipta.. Memohon kedamaian hati, keinsafan terhadap dosa lama.. Berdoa agar setiap langkah perjalanan hidup aku akan lebih baik dan lebih berwarna warni.. Walaupun keyakinan untuk mengecapi kebahagian itu kadang-kadang goyah, namun aku tetap gagahi jua.. Aku yakin andai kita ikhlas, dan sentiasa berusaha yang terbaik, sinar bahagia itu ada menanti.. Insyallah..

Tiada guna andai mahu diputarkan kembali masa.. apa yang sudah tertulis, patut diambil iktibar.. Jadikan pedoman.. Kalau tidak kerana kesilapan semalam, aku takkan jadi seperti aku hari ini.. Jika tidak dimarah, diperli, dirotan, aku takkan menjadi manusia yang sedar aku terlalu banyak buat silap.. Dan perlu berubah..

Cinta yang hadir ini akan terus berada dalam diri ini.. Insyallah.. akan aku jauhkan rasa benci dari cinta ini.. Doaku buat semua, semoga sentiasa mendapat kebahagian dunia dan di akhirat.. Amin..

HACKS - Farique Nadzir

Kau hadir tanpa ku sedari,
Mengisi kekosongan hati,
Kini kau pergi tinggalkan ku,
Lemas ku dalam sepi

Hujan yang turun ke bumi,
Membawa rindu yang mengunung,
Kau biarkan ku sendiri,
Malam ku tanpa mimpi

Mengapa tangan kau lepaskan,
Setelah hatiku kau tawan
Mengapa takdir memisahkan,
Hanya aku cinta kau seorang,

Mengapa tangan kau lepaskan,
Setelah hatiku kau tawan
Angin malam bawalah cintaku,
Menghapus rasa rindu

Tak sangka..

Hai..hai... Sementara nak tunggu solat Isyak ni, aku berblogwalking la sebentar dan tak lupa juga bergoogling benda-benda mengarut..haha.. And you know what, I've found something interesting yet so sweet..hewhew..

Apa yang aku jumpa?? Aku jumpa blog someone..hehe.. Blog seorang wanita, personal blog.. Mostly dia cerita pasal love life dia.. Pakwe dia tu kawan aku, which is kawan rapat Fizi Lah..harhar... Kantoi sudah sekarang.. Dulu mengaku takde awek n single selama 4 tahun.. tapi hakikat sebenarnya tidak begitu..

Sweet je blog dia.. Macam mana dia luahkan perasaan dia buat aku rasa yang cinta aku sangat kerdil nak dibandingkan dengan dia.. Kagum.. Yes.. thats the word.. Memang sangat terharu bila baca blog dia, macam mana matang dia hadapi hubungan yang bergelora dan jauh antara satu sama lain... Keyakinan dia pada pakwe dia.. But still dia tak pernah lupa Tuhan yang menganugerahkan semua kesempurnaan itu...

Will be happy for them.. And I wish, kisah cinta aku sehebat kisah mereka.. Amin..:D



Friday, June 29, 2012

Penyakit lama menyerang

Bila penyakit ni datang balik, aku dapat rasa kurangnya berat badan aku daripada biasa.. Aku tak tau la apa penyebab sakit aku ni.. Every month mesti jadi punya.. Takde selera nak makan, kalau paksa makan, mesti muntah-muntah.. Sedih betul hidup aku ni... Azam nak tambah berat badan hanya mimpi..haha.. Kalau pagi-pagi mesti muntah.. Dah macam orang mengandung pulaknya.. Mengada betul aku ni..

Bila masa-masa sakit macam ni, mama la orang paling risau.. suruh gi hospital buat check up.. Tapi bila gi check, doktor cakap takde pape pun.. Dia kata aku stress..haha.. Stress?? Mungkin la kot.. Dengan macam-macam hal jadi serentak.. Orang yang kita percaya dan sayang mengkhianati kita memang buat aku stress.. Tapi takpe la.. Tuhan tu bagi ujian dekat aku.. Semua ujian ni buat aku makin ingat dekat Dia.. Alhamdulillah..

Aku hanya boleh berdua aku mampu lalui dugaan ni dengan baik..Amin.. Aku selalu cakap aku kuat.. So ni la nak buktikan aku ni kuat ke tak.. But yeay.. Aku kuat kot, kalau tak takkan aku boleh la act like nothing happen to others.. Bukan nak lari dari masalah, tapi cuma aku taknak orang tahu je.. Biar aku selesaikan dan hadapi sendiri.. Kalau rasa tak mampu baru aku share dengan orang-orang yang aku percaya..

Lately aku tak lena tidur.. Gila betul la.. Memang betul-betul stress ke apa aku ni?? Rasa macam ok je.. Aku tidur 4 jam sehari.. Tidur pukul 2 pagi bangun pukul 6 pagi.. Tapi aku bukan tidur sangat pun.. Selalu terjaga je tengah malam.. Nasib mata tak jadi panda..hahaha.. Aku rasa nanti bila aku sambung belaja balik or aku keje mungkin aku tak macam ni kot.. Busy kadang-kadang mampu buat kita lupa masalah kan... I need that actually.. Membusykan diri..


Sekadar gambar hiasan.. saya dan mama..:D

p/s : berat badan turun 2kg..=_='



Payphone

Dah menjadi kebiasaan kan aku post lagu yang ade kaitan ngan 
jiawa aku sekarang..hahaha..Ok this is the song this time..
Payphone by Maroon 5..


I'm at a payphone trying to call home
All of my change I spent on you
Where have the times gone
Baby it's all wrong, where are the plans we made for two?

Yeah, I, I know it's hard to remember
The people we used to be
It's even harder to picture
That you're not here next to me
You say it's too late to make it
But is it too late to try?
And in our time that you wasted
All of our bridges burned down

I've wasted my nights
You turned out the lights
Now I'm paralyzed
Still stuck in that time when we called it love
But even the sun sets in paradise

I'm at a payphone trying to call home
All of my change I spent on you
Where have the times gone
Baby it's all wrong, where are the plans we made for two?

If happy ever after did exist
I would still be holding you like this
All those fairytales are full of sh*t
One more stupid love song I'll be sick

You turned your back on tomorrow
Cause you forgot yesterday
I gave you my love to borrow
But just gave it away
You can't expect me to be fine
I don't expect you to care
I know I've said it before
But all of our bridges burned down

I've wasted my nights
You turned out the lights
Now I'm paralyzed
Still stuck in that time when we called it love
But even the sun sets in paradise

I'm at a payphone trying to call home
All of my change I spent on you
Where have the times gone
Baby it's all wrong, where are the plans we made for two?

If happy ever after did exist
I would still be holding you like this
All those fairytales are full of sh*t
One more stupid love song I'll be sick

Now I'm at a payphone....

[Wiz Khalifa]
Man work that sh*t
I'll be out spending all this money while you sitting round
Wondering why it wasn't you who came up from nothing
Made it from the bottom
Now when you see me I'm stunning
And all of my cars start with the push up a button
Telling me the chances I blew up or whatever you call it
Switched the number to my phone
So you never could call it
Don't need my name on my show
You can tell it I'm ballin'
Swish, what a shame could have got picked
Had a really good game but you missed your last shot
So you talk about who you see at the top
Or what you could've saw
But sad to say it's over for
Phantom pulled up valet open doors
Wiz like go away, got what you was looking for
Now ask me who they want
So you can go and take that little piece of sh*t with you

I'm at a payphone trying to call home
All of my change I spent on you
Where have the times gone
Baby it's all wrong, where are the plans we made for two?

If happy ever after did exist
I would still be holding you like this
All those fairytales are full of sh*t
One more stupid love song I'll be sick

Now I'm at a payphone....


p/s : still remember the moment when you said that you want us to be engage another two years..

Saturday, June 23, 2012

Kenyataan

Sekian lama tak mengupdate blog..
Ya, bila aku kembali disini, bermaksud fikiran aku bercelaru..
Hati aku tak tenang...
Aku nak luahkan segalanye disini,
berkongsi apa yang aku rasa dengan silent reader aku..
Tapi aku tak boleh...
Aku perlu jaga hati orang-orang yang tak mahu
aku meluahkan peribadi aku disini
walaupun pada hakikatnya, blog ini dibuat
atas tujuan itu...

Aku sendiri tak mengerti apa yang buat aku tak tenang...
Terasa kesunyian teramat harini...
Kawan-kawan ajak keluar semua aku tolak...
Terbawa-bawa sampai aku hilang selera nak makan...
Sampai mama aku risau tengok keadaan aku...
Sorry mama, tak berniat nak buat begitu...
Just need myself back, please..

Sunday, April 22, 2012

The reality

Hai, rasa mcam lama tak update blog ni... bukan sebab busy, sebab tak busy pun.. actually malas je nak bukak blog ni..haha..takde idea pun nak menaip...sekarang ni entah kenapa rajin plak nak update..update pun nak cakap benda-benda orang penah tanya kat mira je..

One of my friend penah tanya mira soalan die " mira baik tak dengan ex-bf?" My answer is, ok je.. masih berkawan macam biasa, cuma takde la serapat dulu.. Then my friend macam terkejut bila mira still berkawan dengan ex mira.. Dia tanya jugak macam mana boleh still berkawan sedangkan dah putus.. Mira cuma jawab, "tak guna simpan dendam dekat orang lama-lama."

Mula-mula dulu pun susah nak terima perpisahan tu, sampai block dia dekat facebook, buang semua gambar, nombor telefon, everything la pasal dia.. Barang-barang yang dia bagi simpan dalam kotak, tak tengok dah since break up.. Kalau dia call, langsung tak angkat, mesej pun tak balas.. Sakit hati semua ada.. Tapi lama-lama perasaan marah tu hilang...masa, merawat luka dihati dan lenyapkan perasaan marah tu.. And I forgive him.. Then now berkawan, still contact tapi tak rapat la..

Untuk kembali pada ex-bf, mira rasa mustahil...Past is past.. Mungkin dia bukan yang terbaik untuk mira, and mira bukan yang terbaik untuk dia.. Tuhan berikan kegagalan cinta dan takdir putus cinta itu adalah kerana Dia mahu kita belajar dari kegagalan itu agar kita menjadi manusia yang lebih sempurna. Dan dari pengalaman itu, kita dapat berkongsi dengan mereka yang kurang berpengetahuan.. That is just my opinion, tak tahu la orang lain kan..


Kadang-kadang mira pelik juga, kenapa ada orang yang tak mampu nak memaafkan orang yang dah buat kesalahan.. Mira fokus kesalahan dalam percintaan je, bukan kesalahan macam membunuh atau lain-lain ok.. Dah ambil jalan untuk berpisah so perlu ke nak marah lagi?? Rasanya tak perlu kot.. Memaafkan orangkan leh dapat pahala dan buat kita tenang.. Tak baik memutuskan silaturrahim..


takde kena mengena dengan entry..:p

Sunday, March 25, 2012

My name is Nur Azmira

Just a quick entry nak bagitahu dekat semua orang
yang mengenali saya...
Nama saya Nur Azmira, I prefer kawan-kawan
panggil 'Mira'..
Tak perlu nak tambah or tukar nama saya tu..
My parents and family yang bagi nama tu
and I appreciate my name...
Tak ada sesiapa boleh bagi nama lain or suka-suka
nak tukar nama saya...

Panggilan 'Mira' untuk kawan-kawan or sesiapa yang kenal..
'Kakak' panggilan dalam keluarga..
Dan yang panggilan lain-lain kalau saya benarkan sahaja..
Jangan sesuka hati nak panggil saya dengan nama lain...
Saya sangat tak suka kalau orang pertikaikan nama saya
or permainkan nama saya... That it..

Sunday, March 18, 2012

My new sensation..

Kosong by Najwa Latif


Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu...

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa...

Kosong...kosong...

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku...

Kosong...kosong...

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar....
Ooo..ooo...

Kosong...kosong...

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa..

Kosong .. kosong ..

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku...

Kosong...kosong...

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa...

Kosong...kosong...

Tuesday, March 13, 2012

Just my opinion..

Rasa macam dah lama tak menaip..haha
Yela sibuk dengan all those report stuff and presentation
sampai tak ada masa untuk menaip apa yang ada dihati dan
diminda ni..
But now, all that report stuff have been settled so ada la masa sikit..
sikit je pun, tak banyak sebab busy dengan keje plak..
Bukan la busy sangat pun coz kat ofis jarangnye ada banyak keje...haha

Tak nak cerita pasal report or the past practical training,
nak cerita merepek je..nak meluahkan pendapat..
Pendapat tentang hati dan perasaan..cewah...haha
Bukan nak cakap pasal benda-benda yang berat,
just wondering,


why leaving someone that you love.??


Itu menjadi persoalan yang selalu bermain dalam fikiran miera..
Kenapa perlu tinggalkan orang yang kita sayang kalau orang tu
memang dah terima kita seadanya...
Bukan senang nak buat orang menyayangi dan jatuh cinta pada kita,
when you get that chance, why you leave it..
I've been through this situation before..
Pelik bila ini terjadi..

Contoh la kan, miera sayangkan someone ni,
then someone ni pun sayangkan miera,
but when something is happen contohnya bergaduh,
perlu ke miera nak tinggalkan someone tu atas alasan
miera ni tak cukup baik???
I don't have concrete reason or explanation regarding
this question.. I am not Dr. Love..

Yes, miera akui sometimes miera sendiri rasa nak
tinggalkan someone tu sebab miera tak cukup baik bagi die..
Nak die cari someone yang sesuai dan sebaik die..
Yelah kan, orang selalu kata

'lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik dan lelaki 
yang kurang baik adalah untuk wanita yang kurang baik'


Miera dalam kategori yang kurang baik, I am not perfect..
Kurang dalam banyak benda, but when I know about him,
terlalu jauh perbezaan antara miera dengan die,
terlalu banyak kebaikan dan pengorbanan die dah buat
untuk miera..miera rasa sangat kerdil disisi die..
Dan kata-kata seorang ustaz yang miera kenal
buat miera menyedari hakikat miera sangat tidak
sesuai untuk die..

But when I think about that again,
Miera rasa miera salah, sebab die terima miera seadanya,
miera tak sorok apa-apa dari die..
Even the worst thing about me pun die boleh terima,
so why should I leave him..
I really thank him coz willing to accept my weaknesses..

Tapi masih ada keadaan macam ni terjadi..
Tinggalkan orang yang die sayang atas alasan
die tak cukup bagus untuk orang yang die sayang tu..
Mungkin ada yang boleh terima, dan ada yang tak boleh terima..
Kalau miera dalam situasi tu, miera mungkin tak boleh terima..
Kalau die tak cukup baik, kenapa tak bantu diri sendiri
untuk berubah jadi lebih baik..

The sad thing is,
bila orang yang kita nak tinggalkan tu terima kita seadanya,
tapi kita tetap nak tinggalkan jugak..
Ok la, mungkin boleh terima sikit kot kalau
alasan sebab nak die dapat someone yang lebih baik,
yang boleh jaga die lebih baik dari kita,
tapi paling tak boleh terima bila bagi alasan merapu
dan boleh sakitkan hati orang yang nak ditinggalkan tu...
Please la jangan buat macam tu...
Sakit sangat ok.. rasa macam orang ambil pisau
tikam kat hati kita, remuk sangat...
Bukan hanya luka, kalau luka mungkin cepat baik,
kalau remuk taktahu la mampu baik atau tak...

Bercinta biarlah serius, jangan bercinta sebab nak suka-suka..
Saling memaafkan dan yang penting selalu muhasabah diri..
Kalau dalam perhubungan tu masing-masing ego susahla kan..
Oklah.. Thats all entry merepek aku...haha

Thursday, March 1, 2012

you thought me

An angel in disguise
I can see it in your eyes,
I know that you are mind,
It's just so hard to deny.

The moment that we shared,
were the best things that I had,
a shining star that I see,
It was always there for me.

You taught me how to fly,
The meaning of my true life
and then you taught me on
how to survive.

You taught me how to be
for me to set me free
and I am nothing when you're not with me,
not with me.

Even though you are far away,
my love for you will never fade,
you are always on my mind
and you are the man that I must find.

The sweetness in your smile,
that makes my mind go wild,
this love is not a crime,
we can never say goodbye.

Renungan Cinta

Bayangkan bila saja
Aku tak di sampingmu lagi
Apakah kau akan cari
Yang lain penggantiku

Bayangkan bila saja
Kamu hidup tanpa diriku
Apakah kamu sanggup
Dan bahagia tanpa aku

Jujur aku tak bisa
Hidup tanpa dirimu
Hanya kamu cintaku selamanya

Kamu tak tergantikan
Walaupun kepedihan
Memisahkan kita 
Cinta kita abadi

Bayangkan bila saja
Kamu hidup tanpa diriku
Apakah kamu sanggup
Dan bahagia tanpa aku

Jujur aku tak bisa
Hidup tanpa dirimu
Hanya kamu cintaku selamanya

Kamu tak tergantikan
Walaupun kepedihan
Memisahkan kita 
Cinta kita abadi

Wednesday, February 29, 2012

Masih perlu

Bila ku buka mata
Rasa tak berdaya
Hadapi semua
Sejak hatiku luka

Mampukah ku menunggu
Bayangan dirimu
Atau biar berlalu
Hapus semua lelahku

Mestipun engkau tahu
Hati ini masih menyayangi dan menyinta
Tegarnya kau menyiksa
Disaat diri derita
Mencari engkau tiada..

Mesti engkau sedari
Diri ini masih ingin terus ditemani
Mengapa engkau pergi
Di saat ku masih lagi
Perlu engkau di sini..

Aku perlu dirimu
Hiburkan siangku
Indahkan mimpiku
Ku ingin kau tahu

Oh sayang aku rindu
Ku cintai kamu
Peluklah diriku
Hangatkan seperti dulu.

Tuesday, February 28, 2012

Menghargai diri sendiri..

Kadang-kadang Miera terfikir,
yang Miera takkan mampu untuk puaskan hati semua orang..
Dan orang lain pun mustahil untuk puaskan hati Miera..

Lately, I feel so lonely and sad..
Miera sendiri tak tahu kenapa..
Miera tak dapat cari punca kenapa jadi begitu..
Miera cuba fikir tapi terlalu banyak perkara
lain yang muncul dalam fikiran...

Kadang-kadang jugak mengharap orang lain
memahami Miera, menghargai Miera tapi mustahil...
Mencari orang yang boleh berkongsi suka dan duka
tersangat lah susahnya..
But, ada orang pernah cakap kat Miera,
tak perlu mengharap orang untuk menghargai kita,
Cukupla kita menghargai diri kita sendiri..
Betul jugak apa yang kawan Miera cakap tu,
So now, Miera akan menghargai diri sendiri..

Memanjakan diri sendiri..
Jaga diri sendiri elok-elok..huhu
Yela, takde orang nak jaga Miera,
family pulak jauh so jaga la diri sendiri..

p/s : entry mengarut je ni..:p

Monday, February 20, 2012

For you again..

Ku lihat kau berlegar-legar di kaki lima, 
Inginku tegurmu tapi terasa curiga, 
Mungkin ekspresimu nanti tak sepertiku harapkan, 
Adakah kau merinduku sepertiku merindumu.. 

Tanpa aku sedari, cinta pun mula berputik, 
Mulanya dari teguran "boleh kita berkenalan?" 
Tanya "apa nama, buat apa, nak ke mana?" 
Hati rasa berdebar... 

Janganlah hancurkan hati ini.. 
Ku hanya mencuba meluahkan perasaan.. 
Usahlah ragui hati ini... 
Kerna kau satu-satunya hero yang ku cinta selamanya... 

I got home dat day, feeling so tired and in pain, 
I wana call u but u need your rest, u might feel the same.. 
Something's wrong with me, i can't seem to find myself... 
(U know what?) I think I'm crazy over you... 

I called my friend and asked her, 
"What should i do, what should i say?" 
Cos everytime i hear your voice, you'll throw me miles away.. 
My cellphone suddenly rings...your name is on the screen... 

Janganlah hancurkan hati ini.. 
Ku hanya mencuba meluahkan perasaan.. 
Usahlah ragui hati ini... 
Kerna kau satu-satunya hero yang ku cinta selamanya...


Wednesday, February 8, 2012

moving forward..


It been a while since my last update on this blog..
Malas gila nak update blog ni..
Nak kata sibuk tak juga, cuma malas ambil masa tok menaip..
Kerja macam biasa je, pukul 9 pagi masuk ofis, pukul 5 petang balik..
Still banyak masa malam kan, tapi tahla..
Banyak masa habis dekat facebook and twitter je..
Blog malas sebab takde idea..hahaha

But now nak update sebab tengah ada mood nak menaip..
Last week dapat cuti 3 hari which is ahad, isnin and selasa..
So miera ambil peluang tu  untuk ikut my brother pergi Kuala Lumpur..
Ada hal nak diuruskan disana actually..
Miera pergi dengan mama, abah, abang and tunang dia..
Kami pergi Klang dulu rumah mak cik miera,
After that baru heading to Kuala Lumpur,
Stay dekat rumah abang miera yang nombor 2 dekat Setapak..

Miera sampai je rumah abang miera tu,
Miera terkejut bila tengok anak abang miera
Yang last sekali dah makin chubby..
OMG, last jumpa tak chubby macam tu, miera dah tak larat
Nak dukung dia lagi dah…
Sampai je rumah rehat-rehat sekejap then minum petang..
Abang miera dengan tunang dia plak keluar dating..
Diorang ajak jalan-jalan sekali tapi malas la nak kacau daun..
(actually ada agenda lain..:p)

Apa agendanya??
Kalau dah sampai kat Kuala Lumpur ni of course la nak jumpa
Orang yang duduk dekat sini..hehe..
Siapa lagi kalau bukan my Mickey..^_^
Janji nak jumpa malam pukul 8 sebab tu jela masa yang free..
But my mom insist ajak my mickey datang umah dulu..
So I come out with a plan yang suruh my mickey datang minta
Izin dekat miera punya family then baru boleh keluar..haha
(mickey please jangan marah ek..:p)
Kalau tak buat macam tu mickey tak nak datang rumah
Jumpa miera punya family.. segan katanya and tak bersedia lagi..
(penakut jugak mickey ni..hehehe..)

Tapi miera bangga dengan mickey sebab datang jugak walaupun segan..
Pucat dah muka dia sebelum masuk umah abang miera tu..
Tak pernah tengok dia macam tu..haha
Everything going well..
Sembang dengan ayah miera tak ingat dunia dah..
Dari pukul 8 sampai la pukul 9.30 baru nak stop..
Kata nak keluar, macam tak nak berhenti sembang je..

Sementara diorang bersembang, aku sempat la
Main-main dengan anak buah aku dua orang ni,
Diorang suka sangat la ambil gambar..haha
Bosan tunggu diorang yang tak tahu nak stop bersembang,
Tapi nasib baik abang miera jadi penyelamat keadaan..
Dapat jugak memberhentikan mereka..haha..
Then baru la miera dengan mickey dapat keluar..

Ingatkan nak gi jalan-jalan ke,
Rupanya mickey bawa pergi rumah dia pulak..
Nak bagi fair katanya,
Dia dah jumpa family miera so miera kena jumpa family dia pulak..
Ingatkan dia main-main je..
Rupanya memang betul dia bawa pergi rumah dia..
Nervous jugak la nak jumpa family dia..
Nasib baik mak dia je yang ada, kalau ayah dia ada
Mesti dah jadi macam mickey masa jumpa family miera..
Pucat je muka..
Mak dia okay je, baik..^_^
Nice to see her.. adik-adik dia pun okay jugak..peramah..
Risau juga mula-mula tu..malu kot..
Tapi act like nothing is happen..hehe..
Dah la pakaian tak proper langsung..huhu

Lepas dah minum-minum, makan kuih sikit,
Kitorang keluar pergi my favourite  place which is Tutti Frutti..
Yeay.. Terima kasih mickey bawa miera pergi sana..
Dapat makan tutti frutti..^_^
Moment dengan mickey sepanjang malam tu
I will never forget..
Everything was so sweet..
Thanks  sebab layan miera dengan baik..:)
Tapi sayang tak ambil gambar banyak..



Bila balik umah je, kena bahan dengan abang miera
and tunang dia sebab tak ikut diorang pergi jalan-jalan..
Macam-macam alasan miera bagi..haha
Poyo je sebenarnya..
Yang penting miera enjoy the night.. 


Since the day we first met,
I knew it was love,
God answered my prayers,

You gave me your heart,
and taught me to trust,
for the first time ever,
it was more than just lust.

Your sweet loving words,
are not to be compared,
I am forever your partner,
my soul I have bared...

Every day I wake up,
with a smile a mile long,
I know that we are solid,
I know that we are strong.

So never put into question,
my feelings being true,
because I have found my one and only,
And I will always love you.