new

Saturday, November 22, 2014

Remember..

Aku alami masa-masa patah hati sangat banyak..
Berulang kali dari aku start involve in love with man..
And the latest with the mr. mickey mouse..
It is hard for me even I am the one who want us to be separated..
Sebab deep in my heart I'm still love him..

Tapi tu dulu.. I'm recover from that..

Knowing this new guy after several months breakup dengan mr mickey mouse
tu buat aku mampu cepat untuk recover dari sebelum ni punya heartbreak..

This guy mula-mula nampak macam main-main..
Never been serious at all when I first met him..
Always happy, cheeky all the time which make me happy too..
Leaving my sadness away..

Be friends with him really make me feel happy..
This guy really tak kisah aku macam mana..
Whatever weird attitude I have which other people
will annoy, dia tak pernah kisah..

Aku selalu marah dia, cari salah dia but dia sentiasa sabar dan
tahu how to handle the situation..
Aku je tak tahu menghargai dan menyayangi seikhlasnya..

Aku terlalu paranoid dengan semua benda..
Sampai aku pernah terfikir untuk ada kelebihan
boleh baca fikiran orang..
Aku selalu fikir the worst that will happen..
Even I'm trying to be always positive
but sometimes negative tu datang jugak and when that happen
mula la macam-macam berlaku..

Jujurnya, dia antara orang yang aku paling
sayang selain dari family aku..
As he can accept me walaupun aku complicated and worst
as to compare to others..

Menyesal for what I have done to him...
Sebab dia tak pernah fikir negative pasal aku..
Tak pernah kisah pasal masa silam aku..
Tak pernah kisah background aku..
If and only if I can turn the time back..
I want to  treat him nicely..

But past is past..
Nothing that I can change..

Saturday, November 8, 2014

Luahan 8/11/2014

Alhamdulillah..

Allah masih bagi aku peluang untuk menyelesaikan masalah aku satu persatu..
Allah buka ketenangan disebalik kesunyian yang aku lalui..
Allah bagi aku nampak yang setiap yang terjadi ada hikmahnya..
Dan Allah bagi aku untuk jadi lebih tabah dan sentiasa ingat akan Nya..

Jujur aku katakan...

Aku lebih tenang kini.. Dengan keadaan begini..
Aku dapat cara untuk tak bergantung pada sesiapa..
Aku suka begini.. Hidup berdikari..
Sikit lagi masa yang aku perlu untuk lebih bersabar untuk ada kehidupan sendiri..
Aku sedih dengan hidup begini..
Tapi aku perlu kuat selalu..
Syukur aku ada anak-anak buah penghibur hati..

Mama tak tahu keadaan sebenar aku..
Aku tak pernah cerita..
Tak nak dia risau..
Dah la mama tengah serabut dengan masalah dia..
So taknak tambah lagi masalah..
Aku dah cakap dengan mama, apa-apa aku selesaikan sendiri..

Aku rasa makin lama aku kat sini aku boleh jadi
perempuan yang tak ada perasaan.. Sebab apa yang jadi dekat
rumah ni aku buat tak tahu je.. Feelingless..

Kadang-kadang aku fikir, manusia ni memang depan
mak bapak je semuanya baik..
Bila sendiri, jauh dari diorang semua lain..
Kesian mak and abah hanya tahu lakonan orang je..
Kesian diorang dilupakan..
Aku harap aku bukan tergolong dalam golongan orang yang begitu..

Jadi pelakon pun dah hebat dah aku ni..
Biarlah apa yang jadi..
Untung orang yang ada family yang baik..
Aku tetap bersyukur walaupun begini keadaan family aku..

Aku tahu jugak mak and abah dah taknak jaga aku dah..
Yela, dah berapa lama menghabiskan duit diorang..
Mama pun pernah cakap, cepat-cepat kawen  senang mak,
lepas tanggungjawab mak and abah..
Sometimes aku rasa sedih dengan statement mak,
tapi aku faham niat dia..
But I told my mom, even akak tak kawen pun,
akak boleh hidup sendiri,,
In Sya Allah..

Ikut hati, nak sewa rumah.. Nak dok sorang-sorang..
Tapi tak mampu..
Gaji pun ciput..
Hope things gonna be more better..


Saturday, November 1, 2014

Luahan 2/11/2014

Tak siapa tahu apa yang aku rasa dan alami..
Rasa sunyi  walaupun ada orang disekeliling aku..
Tiada siapa hendak bercerita and even bercakap..
Semua sendiri..
Disini la tempat aku mengadu segalanya..
Aku tahu yang tiada siapa lagi membaca blog ini..

Susahnya kehidupan selepas ini..
Masa depan yang masih kelam..
Ikut hati nak duduk di rumah sendiri dengan mama..
Tapi apakan daya bekerja di KL pula..
Walau bersama keluarga abang kandung sendiri,
tapi terasa bagai menumpang keluarga orang yang tidak dikenali..

Tak kuat sebenarnya begini,
tapi aku gagahkan juga untuk beberapa bulan saja..
Aku kuat sekarang hanya sebab aku fikirkan aku masih ada
adik yang akan  turut sama dalam keadaan aku nanti.
Biar aku permudahkan urusan dia sebab aku tahu tiada siapa
dalam family sendiri betul-betul ikhlas nak tolong family sendiri..

Teman istimewa?
Dia pun tidak dapat membantu..
Dia lebih utamakan diri sendiri.
Tak mengapa, tiada jaminan lagi antara aku dan dia akan bersama
di masa depan kelak..
Ya, aku masih sunyi walaupun ada teman istimewa kononnya..

Aku belajar berdikari, aku belajar segalanya sendiri..
Sorang-sorang.. Sebab aku tahu hidup aku tak bertuah
macam kehidupan orang lain..

Dulu aku letakkan segalanya pada kawan-kawan..
Bercerita masalah suka dan duka dengan kawan-kawan rapat..
Tapi akhirnya aku sedar, takkan ada kawan yang benar-benar
akan tolong kita.. Pengalaman dengan kawan-kawan banyak
buat aku sedar dan sampai sekarang aku masih tiada
kawan yang benar-benar teman suka duka aku..

Lepas kawan-kawan tak dapat membantu,
aku letakkan segalanya pada teman istimewa,
tapi akhirnya jadi hal yang sama..
Berapa istimewa pun kita pada dia, tetap dia tak dapat nak
bantu kita sebab semua akan lebihkan diri sendiri..
Tak salahkan sesiapa sebab memang sesiapa pun akan
mengutamakan diri sendiri..
Semua ni buat aku sedar yang aku kena kuat sendiri..
Kena tahan segala kesedihan dan kepayahan..
Selama ni aku hidup senang lenang, now ada dugaan yang melanda..
Aku kena kuat.. In Sya Allah..

Biar orang kata aku kera sumbang sekalipun, buat apa kalau
ada beribu kawan tapi seorang pun takkan tolong kau bila kau susah..
Nak bercerita pun orang tak amik pusing dan beri macam-macam alasan..
kawan hanya untuk suka..
Tapi aku tetap tolong kawan-kawan yang perlukan aku..
Sebab aku taknak jadi seperti mereka..

Aim aku tahun depan untuk cari rumah sewa..
Duduk sendiri..
Lebih baik..
Susah senang sendiri..
Ada pakwe atau tak, tu aku tak peduli..




Wednesday, July 9, 2014

Love percentage.

Mula-mula masa baru menjalinkan hubungan
dengan seseorang, aku mesti cuba untuk
letakkan hati aku menyayangi dia for only 40%
or paling banyak pun 50%.
Itu yang aku cuba dalam setiap perhubungan aku,
sampai la ke perhubungan kali ini..

But...

Bila perhubungan tu makin lama,
makin mengenali,
40% tu terus jadi terlebih banyak..

Haih...

Hati ni memang payah nak control..
Aku sedar aku senang sayang orang.
Cepat tersentuh even dia buat a simple things.
Even dia marah sebab aku tak mau makan
bila aku sakit pun, aku jadi macam happy..
Sebab dia caring..
How come aku tak cepat sayang??

Tambah-tambah dia,
Attitude dia pada aku selalu buat aku cair..
Each time that happen, I tend to love him more..
So the percentage become more bigger..

But still I never let my heart to love him 100%..
Still nak simpan sikit tu untuk preparation..
If anything happen to our relationship..
Harapnya tak ada pape..

Amin..

I just want this relationship to be the last for us..
Dia ada history dia and so am I..
I am too tired with love story..
Cukup la apa yang ada sekarang,
aku tak mampu nak mulakan yang baru kalau yang
ada sekarang juga tak menjadi..

Saturday, July 5, 2014

Sometimes

Bila kita bercerita untuk meluahkan,
tapi orang buat lawak dengan apa yang kita ceritakan,
jadi terbantut nak cerita..
And for me, aku tak kan cerita dah kat orang tu..

Sometimes,
kita kena jadi serius,
sometimes,
kita boleh bergurau..
Not all the times bergurau..

Kalau 24hours bergurau,
mane kita nak tau orang tu serius dengan kita
or dia main-main je dengan kita..
Please be sensitive to others..

Saturday, June 28, 2014

Putar-putar

Malam itu,
aku berputar-putar,
meninggalkan kisah semalam,
melupakan cerita duka,
melenyapkan segalanya,
pada pusingan-pusingan yang bagi aku,
sangat nyaman dan berangin,
aku terlupa sesuatu.

Masih ada lagi jiwa,
yang sedia menghulur bahu,
menyapu tangisku,
iaitu kamu.

By : Salleh Razak

Friday, June 27, 2014

Awak..

Moment kita akan sentiasa dihati..
Setiap saat awak dengan saya..
Setiap saat itu saya bahagia..
Mungkin poyo je bunyinya tapi ikhlas dari hati..

Bukan mudah hati untuk terubat setiap kali kecewa..
Awak datang hapuskan trauma yang melanda..

Takut??

Memang takut untuk kecewa lagi..
Tapi ini risiko yang saya harus terima..
Saya yakin masa lalu tak selalu akan kembali..

Thursday, June 19, 2014

Malunya..

Hey awak,
Malunya awak selalu tengok blog kita..
Kita dah la selalu meroyan kat sini..
Arghhh!!!

Blushing..

Jangan cakap pape bila baca semua yang ada kat sini..
Tempat ni tempat luahan perasaan je..
Ngee..

Monday, June 2, 2014

Lepas stress

Stress balik puncak alam bila memikirkan assignment, presentation dan semuanya la..

Mengira hari menghabiskan segalanya..

Sabar Miera, sabar..

Masa yang paling best adalah kat rumah..
Tak buat apa kat rumah pun still rasa best..

Kat puncak??

Gelak dengan kawan-kawan..
and dengan Shafiq jela kot..

Well atleast aku amik langkah yang bijak untuk keluar dengan Shafiq today coz dapat lupa sekejap segala assignment and so on.. Semua masalah macam hilang kejap.. Dapat jugak cerita apa yang terpendam dihati..
But ya, dia dengan all his jokes make me laugh, geram and laugh again..

Thanks so much coz having me in your life...

:)

Thursday, May 29, 2014

Just want to let you know..

Enough said..
My special someone now is Mohd Shafiq Shamsudin..
Get it???

Please la.. Tak payah serabut kepala otak
all that love tweet , status and even entry in this blog is not belong to you..

Jangan serabutkan hidup aku lagi..
Aku pergi sebab aku dah tak tahan..
Sebab dah terlalu lama bersabar..

Yes, I am in love with him..
Biarlah aku tak tahu dia jujur atau tak, 
dia serius atau tak in the future, 
itu risiko yang aku perlu ambil..

Let me handle this..
Tak payah tunjuk kononnye kau caring.. 
Dah muak dengan semua itu..


Wednesday, May 28, 2014

Otak lebih atas dari hati. Otak patut dulu dari hati. Kalau aku tak boleh keluarkan kau dari otak, bagaimana hendak aku keluarkan kau dari hati?

Tuesday, May 27, 2014

Bila kau ludah ke tanah, kau takkan jilat balik ludah kau..

Same case here..

Kau buang aku, jangan cari aku kembali..

Don't be such a jerk..

Aku buat salah sikit, sebab emosi kau buang aku macam ape je..
Everything..
Media social being blocked..

My decision is, enough for being good for you..
That day is the final day we met..
Penat memberi peluang..

Still love me huh??
Shut that fuck off..
You don't even love me actually..
Kalau sayang, kalau cinta, aku dalam situasi itu kau takkan buang..
Setakat sikit terasa, aku ni??
Berapa banyak terasa?? Do you care??

NO!!!

Sebab aku selalu memaafkan,
you take things for granted..
Enough for being a good girl now..

Listen!!!

Ini kali terakhir, aku dah muak..
Perangai macam budak kecik..
Marah je unfriends fb, twitter and so on..
Common la, we are not kids anymore..

Grow up..

Thursday, May 22, 2014

Cinta

Bila hati terlalu cinta, aku tahu ini bukan aku yang dulu..
Jangan aku terlalu ikut kata hati ini kembali tanpa fikir rasionalnya setiap tindakan..
Jangan aku terlalu agungkan cinta..

Akal..
Waras..

Aku harap mampu memiliki keduanya..
Aku harap aku mampu menggunakan keduanya..

Hati..

Jangan kau terlalu cintakan dia..
Jangan kau mudah menyerahkan sepenuh cinta pada dia..

Kerna..

Kalau cinta itu berpaling,
kau yang paling terluka untuk yang kesekian kalinya..

Jujur..

Aku masih belum yakin dengan cinta baru ini..
Tapi, hanya mampu mengharapkan agar gelap kelam masa silam
mampu berakhir bila terbit mentari cinta darimu..

Wednesday, May 21, 2014

Easy

Senang dengan lelaki yang mudah bergaul dengan kawan-kawan aku. Lelaki yang boleh get along with my friends. Susah bila dapat lelaki yang tak ada usaha nak bergaul dengan kawan-kawan aku. As I am the one yang perlu sesuaikan keadaan. 

With him now, alhamdulillah. Dia boleh get along with my friends. Tak kisah kalau keluar bawak kawan sekalipun and kadang-kadang dia yang suruh ajak kawan-kawan. 

I am more happy that way.


Tuesday, May 20, 2014

Terima Kasih

I almost forget about that date. Terkejut bila dia ingatkan. Aku memang blur tak ingat, nasib pandai cover. Ngee.. Actually terharu and terkejut, among all of my ex boyfriends, dia je yang appreciate all this date and celebrate it. Others kadang-kadang buat tak peduli je. So aku yang dah terbiasa begitu pun just buat taktau la date gini sebab aku tahu yang susah bagi lelaki nak ingat tarikh-tarikh gini (ikut pengalaman aku la, kalau salah minta maaf). 

But...

Dia plak yang ingatkan and jadi sedih bila aku tak ingat. Supposedly dia dah balik Johor dah sekarang, tapi sebab nak tunggu 23 haribulan dia stay. Sapa tak terharu gitu. Ofcourse I am. And dia jenis yang keep telling how much he loves me everyday and every time we met. Alasan dia adalah nak aku tahu yang sayang dia pada aku banyak mana. Nak aku tak lupa ada orang sayang dia and tak cari orang lain. And even dia bangga aku disisi dia. Kenalkan aku as his girlfriend, not as a friend macam ex boyfriends aku pernah buat, usually. 

That simple things pun actually mampu buat aku rasa tersentuh, terharu and gembira. Aku tak demand banyak pun, just appreciate me and he did it, as for now. Bukan nak riak atau apa aku post this kat sini, it is just for myself to remember today, our moment. I'm afraid I will forget about it because I know, my condition is getting worst day by day. 

Apa yang aku belajar, aku sekarang lebih menghargai. 
Tak cepat marah. 
Listen first.

Kita bukan orang yang sempurna, aku tak minta perfection, aku hanya minta appreciation. Only that. 
Bukan aku minta untuk dicontrol, dihina, disorok bagai.. 

A big NO for that.

Friday, May 16, 2014

Hati

Bila cakap soal hati, kadang kadang aku sendiri tak tahu apa yang aku rasa. Berat rasanya bila diri sendiri tak tahu apa yang aku rasa. Bila tanya soal siapa yang aku cinta, pastinya aku sendiri tak tahu jawapan sebenar. Aku hanya akan jawab ikut akal aku, otak aku. Bukan lahir dari hati aku. Hati dan otak aku tak pernah bersatu. Tapi ikut akal lagi baik dari terlampau ikutkan hati. Sebab bagi aku, terlalu ikutkan hati kita akan jadi bodoh. Sebab selalunya, hati aku nak kan benda-benda or perkara yang tak perlu. 

Tapi bila cakap soal cinta, ramai cakap aku patut ikut hati, tapi entahla. Bila aku mula ikut hati, aku jadi tak yakin. Macam apa yang pernah jadi kat aku before this. Dua kali aku dikecewakan sebab terlalu ikut hati. Dua-dua sebab yang sama dan dua-dua sebab aku terlalu ikutkan hati dan yakin aku betul. Tapi aku sedar sekarang kalau terlampau ikutkan hati, aku akhirnya kecewa. Dan aku akan kecewakan banyak pihak juga terutama mama. 

Aku jenis yang sentiasa mengharap janji. Bila orang berjanji aku akan ingat sampai bila-bila. Bila orang tu tak mampu nak tunaikan aku akan jadi sangat down. Itu antara masalah aku. Dan itu yang selalu terjadi dalam percintaan aku. Aku cepat percaya janji dan akhirnya aku dikecewakan berulang kali. Dan aku juga cepat percaya orang. Aku terlalu baik? entahlah, tak pernah rasa diri aku begitu.

Sekarang aku hanya mampu harapkan yang terbaik dalam hidup aku. Aku harap ini keputusan terbaik yang aku pernah buat. Sebab aku bukan ikut hati, aku ikut akal aku dan sikit demi sikit hati aku mampu ikut akal aku. Dan aku belajar mencintai seseorang perlahan-lahan dan melupakan orang yang pernah aku cinta perlahan-lahan. Sakit tapi dalam masa yang sama sakit itu sembuh sendiri. 

Dear heart, tolong berhenti mencintai orang yang tak pernah menghargai cinta kau. Berhenti mencintai orang yang hanya tahu menabur janji tapi tak pernah mampu menunaikan. Orang yang selalu mempermainkan hati kau, orang yang melukakan kau berkali-kali. Orang yang selalu meletakkan harapan palsu pada kau.


Saturday, May 3, 2014

Let everything go..

Melepaskan segalanya bukan mudah..
Terutama bila dah terasa dekat dihati..
Bila dah terlalu lama bersama..
Tapi bila dah jadi terlalu tawar dan hilang segala manisnya,
mungkin ini saat untuk melepaskan..

Bila segala usaha jadi sia-sia,
bila hati jadi luluh,
ini masa terbaik untuk terus tutup jalan itu..

Maafkan aku atas segala janji-janji yang tak
dapat untuk ditepati..
Mungkin suatu hari nanti..
Tiada siapa tahu..

Cuma mungkin...