Ape itu cinta???
Ape takrif cinta???
Meh aku explain sikit tentang apa itu cinta..
Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan,
dua tangan untuk memegang,
dua telinga untuk mendengar dan
dua mata untuk melihat.
Tetapi mengapa Tuhan hanya
menganugerahkan sekeping hati pada kita?
Kerana Tuhan telah memberikan
sekeping lagi hati pada
seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta …
Cinta juga dalam erti kata lainnya....
Adalah perasaan yang tak
dapat dilihat dan di jelaskan
tapi boleh dirasai dan jika kita
benar benar menyintainya,
kita sanggup mati untuk mereka..
Sebenarnya, ade banyak maksud cinta..
N ade banyak cinta...
Cinta tidak fokus pada
sesuatu perkara sahaja...
Cinta datang kepada orang yang
masih mempunyai harapan,
walaupun mereka telah dikecewakan.
Kepada mereka yang masih percaya,
walaupun mereka telah dikhianati.
Kepada mereka yang masih ingin mencintai,
walaupun mereka telah disakiti
sebelumnya dan kepada mereka yang
mempunyai keberanian dan keyakinan
untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Cinta haruslah diuji dan dinilai kembali
sama ada perasaan itu masih
ada dari masa ke semasa.
Kalau kenal sejam dah cakap cinta sejati,
itu maknanya anda dipanah cinta kilat.
Dalam bercinta, ruang untuk rasa bosan
tidak harus muncul kerana
ia satu proses menyemai dan
menyuburkan perasaan dari hari ke hari.
Untuk kita tahu bahawa cinta sejati atau tidak,
beri peluang pada diri untuk menikmati
rasa cinta itu mengikut peringkatnya.
Jangan baru kenal seminggu tapi
dah berikan semuanya seolah-olah
dialah cinta yang teragung.
Cinta itu berperingkat dan mempunyai
fasa-fasa yang harus dilalui
dalam mencapai cinta sejati.
Kalau terus terbang ke puncak cinta,
kita tak dapat menilai sebarang
kecacatan yang ada di kiri kanan jalan.
Bila dah terlanjur jauh,
sukar pula untuk mencari jalan pulang.
Hati-hati dengan cinta,
kerana cinta juga dapat membuat
orang sihat menjadi sakit,
orang gemuk menjadi kurus,
orang normal menjadi gila,
orang kaya menjadi miskin,
raja menjadi budak,
jika cintanya itu disambut oleh
para pecinta PALSU.
Kemungkinan apa yang kte sayangi
atau cintai tersimpan keburukan
di dalamnya dan kemungkinan apa yang
kte benci tersimpan kebaikan di dalamnya.
Kadangkala kte tidak menghargai
orang yang mencintai kte sepenuh hati,
sehingga kte kehilangannya.
Pada saat itu, tiada guna penyesalan
kerana perginya tanpa berkata lagi.
Cintailah seseorang itu atas dasar
siapa dia sekarang dan
bukan siapa dia sebelumnya.
Kisah silam tidak perlu diungkit lagi,
kiranya kte benar-benar
mencintainya setulus hati...
Cinta sebenarnya membiarkan orang
yang kita cintai menjadi diri sendiri..
Bukan mengikuti ape yang kita mahukan...
Kerana kita akan melihat pantulan diri
kita dalam dirinya tanpa mengetahui
kita jatuh cinta pada drinya atau tidak..
Cinta bukanla kata murah atau
pertuturan dari mulut sahaja..
tetapi cinta itu anugerah Tuhan yg
indah dan suci jika manusia dapat menilai
kesuciannya..
Jika saja kehadiran cinta itu
untuk mengecewakan, lebih baik
cinta itu x pernah hadir..
No comments:
Post a Comment